Selasa, 1 Disember 2009

Sakit sakit dan bye2 kolej ku yg tercinta..yucks..~;p

Yup, sejak kebelakangan nih kesihatan aku agak kurang memuaskan. Yelah kan, musim ujan skang nih, mcm2 ler penyakit kuar. Masuk ari nih dekat 3minggu kot batuk aku xhilang2 lagi. Paling xbesh, lelah aku datang balik. Mintak2 xteruk sgt arr mcm dulu.

Owh, cerita 3minggu lepas. Aku eksiden moto, yup eksiden ea. Kondisi aku, xde apape sbb bawah pengaruh dadah (makan ubat selsema pkul 11malam kot), luka2 sket je. Kondisi moto, sangat sadis.huu~ Baru 2 nih dia sakit lg, adeh. Malang tul. Tp apape pun, sume dalam keadaan terkawal.

Dan minggu nih, 5hb, majlis konvokesyen aku. Yeay, dah dapat kertas diploma dah.ehehe. Tp mcm nak xnak je kot gi majlis tuh. Rasa mcm nak gi amek kertas tuh je pastu blah dari kolej tercinta aku tuh..yucks..~

Selasa, 3 November 2009

Jika kau..

..masih single..

Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima.

..ragu-ragu dengan pernikahan..

Cinta bukannya mencari seseorang yang “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna. Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL… Jangan katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.

..patah hati..

Sakit… luka, hancur.. patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

..tidak pernah jatuh cinta..

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.

..ingin menguasai..

Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.

..takut mengakui..

Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

..masih bertahan mencintai seseorang yang telah pergi..

Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan..

Jumaat, 30 Oktober 2009

Piring Hitam - Penipu

Haa, lagu nih dah lama kot aku xdengar. Dengar pun masa mula2 derang nih jadi band piring hitam nih kan. So lagu kali nih aku nak tujukan kepada sesiapa yg kena tipu dalam bercinta. Syiok lagu ni..;p

Piring Hitam – Penipu">
Piring Hitam – Penipu">Piring Hitam – Penipu


Piring Hitam - Penipu

Pernah dulu kau kata kau cintakan ku,
Bertahun lama sanggup kau menungguku,
Hati dan jiwamu hanyalah untukku,
Sumpah dan janjimu memburu untukku.

CHORUS
ya ya ya ya,
Kau, kau tipu aku, x2
Kau tipu aku
Kau tipu aku

Kau curi jiwaku kau gembirakannya,
Kau dakap tanganku,
kau bahagiakannya,
kau kucup bibirku,
Kau menikmatinya,
Kau peluk tubuhku,
Kau ceriakannya.

CHORUS

Kiniku lihat kau berdua dengannya,
Tapi mengapa dia teman karibku,
Tawa gembira,
Musnahkan jiwaku,
Kau hancurkan semua saat manisku.

CHORUS

Khamis, 29 Oktober 2009

Hmm..hmm

Hmm, memory dlm otak aku nih dah full sebenarnya sbb dah laaaama sgt tak update blog ni. Bila tak update blog ni, memory pun dah full, bila dah full nak keluarkan pun susah, siap hang lg tuh.hahah.. Oh yeah, sejak dua menjak ni aku tak bizi pun tapi malas nak update je blog ni. Kalau on9 pun aku buat ape je, bela ikan n men uno card dalam facebook.hee~ aku dah terjebak.

Banyak cerita sebenarnya nak dikeluarkan, tp aku ringkas2kan je lah ea. Antaranya kat opis aku penah ada skali tuh polis ngan pencegah rasuah datang. Menggelabah gak beb derang tanya macam2 yg memang xde kene mengena ngan aku. Nak takut ape kan, bukannya aku buat salah.

Dan dengan kerja aku plak, mayb dalam sebulan dua nih kulit aku akan jadi gelap. Hepp, jangan gelak. Tendang kang..;p Biasa arr, dah terdesak mcm ni boss start ler soh wat keje yg dia xpernah suruh. Ada kene mngena gak arr ngan perenggan diatas tuh. Malas nak cite lebih2.

Yang terbaru, terjadi sedikit kecelakaan pada aku. Ala sikit je, xmati pun lg. Uppss, mulut terlebih masin plak. Yela, aku ni haa xde otak sgt wat kerja gila. Nak tau ape dia kerja gila tuh?
Gua speed Lelaki Comel gua dekat 160kmh.hee~ Ala slow jek tuh, lom laju lg..xD

Yang akan datang, kemungkinan BESAR lah, aku akan dapat dua hadiah yg terlalu istimewa. Yela kan, dah nak dekat2 nih kan..;p Satu tuh sangat bernilai dan lagi satu tuh amat xternilai. Tunggu je arr nnt, kalau aku rajin update dlm nih..;p

Ok ler, len2 cite nnt aku update next threde ea. Ni pun ngulor jap je, xlama pun sbb pasni kene turun kL jap n mayB ke Nilai kot. Xpasti lg..

Rabu, 21 Oktober 2009

Deepavali vattukal..~>.<"

Deepavali taun nih mmg aku dah nekad, nak gak beraya kt umah member2 skola aku. Yela, sbb taun lepas kan deepavali time puasa, member aku plak kebanyakkannye sume balik kg, so dpt jumpa deepavali pertama je. Jgn jadi mcm member aku sorg tuh, xpuasa time deepavali. Siot je syaitonirrajim tuh..xD

Macam biasa, feveret aku ayam. So kari dah sinonim dengan kaum India kan. Haa, 3ari gi beraya, sumenye aku lantak kari ayam. hehe. Kesannya, amek kau terberak2 2ari 2malam..xD Ala ape ada hal, setahun sekali je kan.

Tapi taun ni aku dpt jumpa dua orang je member aku yg sambut depavali sbb kebanyakkannya xmeraikan pesta cahaya tuh sbb baru pas kematian saudara terdekat. Mengikut ape yg member aku tuh cakap ler, kalau ada sedara yg terdekat mati so dorg mcm berkabung lah, xleh sambut deepavali selama setahun. Kalau sambut pun secara kecil2an je. Arul Kumar, haaa macha nih time skola dulu mmg mcm ayam katik. Tapi skang dah keding n jadi real macha. Ni dia yg cakap, bukan aku yg cakap.;p Dia skang nih dah keje dekat Singapore, buat design2. Dan kalau korang nak tau, desbod keta or remote astro, henfon tuh sume company dia ler yg design. Congrats bro, dapat kerja yg bagus n dah ada sebijik Ducati. Sibai kap lam ya nga nih, dah pkai Ducati.

Yg lg sorang tuh nama dia Kannan, selalu kene ejek panggil nama dia Kiri.bhahaha. Xtau ler pesal dia nih selalu kena buli cenggitu skali. Owh, dia nih pelajar lepasan diploma dekat Kolej ALC dekat Klang yg mana telah melahirkan ramai akauntan. Pergh, hebat dia nih. Time skola kemain bodo dalam math. Tp skang, dah pro bab2 akaun tuh. Tp yg kesiannya, dia tersangkut masa nak sambung degree sbb ada sedikit masalah kewangan. Biasa ar kan, belajar tinggi nih kos pun tinggi.

Yang lain2 tuh xdapat nak jumpa sbb sibuk dgn urusan masing2. Macam2 cerita aku dengar pasal member2 skola aku. Ada yg dah kawen, ada yg jadi kaki pukul lah, tonto, kena pukul n ada yg dah meninggal dunia..huu~ Harap2 ler pasni, kalau rajin, nak kumpulkan balik ler member skola sume, macam dulu time2 skola..hee~ Apape pun aku nak ucapkan Happy Deepavali kpd sesape yg menyambutnya ea..~!?

Isnin, 12 Oktober 2009

Kasut crocs pasar malamku memjiak lantai rumah yg berharga RM600k


Hee~ Tajuk je dah mcm grand kan.haha. Sebenarnye dari dulu lg aku nak jejakkan kaki ke tempat nih, tapi xbulih sbb hanya penghuni sahaja dibenarkan masuk. Mane ler aku ada kenal sesape pun dalam kawasan umah ni. Ni pun dapat gi sebab member adek aku wat open house. Nak tau ape nama tempat dia..? haa, tengok bawah..


Hell yeah, Glenmarie Cove. Tanah yg asalnye cuma paya bakau n skang dah jadi kawasan perumahan elit. Kalah Putrajaya kot. Harga dekat setengah juta paling murah, boleh beli dua bijik umah banglo cikai2 jek. Memang cantek kawasan nih, bersih dan teratur. Sekuriti jgn cakap ler, nak masuk ke umah open house yg aku gi ni pun kena tempuh tiga homeguard. Haish, macam2 tul ler.



kt sini keta paling cikai dorang pakai ialah Civic Type-R paling latest ea kengkawan..o,O

Umah derang mcm style omputih arr, xde pagar. Ada pagar pun lalu tengah antara dua umah n ada pagar kecik. Memang puas ati dpt umah cenggini.


guard pertama kt pintu masuk, dia tabik aku mcm aku ni polis pangkat besar plak..~


guard kedua, pintu tengah nak masuk kwsn perumahan..time nih dah stat pening dah..


guard ketiga, demm, banyak gile halangan..kat sini klau visitor dia automatic palang trus terbukak..



So, ada sesape ke yg sudi nak hadiahkan aku rumah cenggini rupe? Aku sudi jek klau sape yg nak bg pree tuh. Tggu anak dato' n tan sri je ler..hee~

Rabu, 7 Oktober 2009

6ixth Sense - Khatimah Cinta

Haa, video seterusnya setelah sekian lama aku stop post vc. Lagu kali nih memang makan dalam ler, aku sker sgt. Penuh makna kot lagu ni. Sile lah layan diri ea..~



6ixth Sense - Khatimah Cinta

Oh kidung malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Oh bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

(chorus)
Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...

Isnin, 5 Oktober 2009

Aiman xkesah

Owh, nama dia Aiman. Kiyut kan~!? Kan best jadi anak aku.haha. Ishk, pesal ler skang nih aku mcm suka sgt ngan bdk2. Kadang2 tuh aku pun pelik gak, pesal plak aku tetiba berubah smpai mcm ni skali. Erm, tu je arr aku persoalkan. Ada sesape leh jawabkan nape..? Next entry nnt aku letak gambar anak org len plak.hee~

Open House lah..~

Hee~ buat gak open house kali ni setelah beberapa tahun xbuat. Tp kali ni buat dekat Sri Andalas je, Telok Gong susah sket sbb org ramai tataw jalan gi umah sana. Ramai gak aku jemput member2 aku tp ramai gak ler yg xdatang.ahaha. Xpe ler, mayb masing2 ada urusan lain or ada open house kt tempat lain.

Member2 aku yg dtg pun ada Fhirdaus, Qayyum, member time skola dorg jek yg dtg. Yg len2 ada yg keje n kenduri. Xpe ler, janji dpt lepak jap ngan derang. Member kolej aku ada ler si Ashieq Wak N, Chan si tangan panjang, Z ataupun NABIL FIKRI BIN HAJI ISMAIL (dia soh aku enterframe nama dia kt blog aku ni) dan Hayanun janda muda.haha jgn marah ea cik ainon, lagu tuh besh ler. Dan kakaknye xdapat dtg sbb abe dia xde kt sini..;p Thanx ea sbb korang sudi datang umah aku yg agak sempit tuh.

Xlupa gak, org2 kt ofis spt Kak Rozila or godzilla (mampos aku klau dia nmpk ni). Erm, yg len tuh aku xbrape kenal lg namanye. Staff Recron Port Klang yg mana salah sorangnye tuh cuba nak ngorat aku.demm, En Hassim bersama anaknye, Halfikar yg hampir ditangkap polis sbb xbayar saman, Dato' K bersama isteri baru,Ayu yg menjaga petty cash kt opis dan Abg Zul 141, salah sorg driver yg dah lama berkhidmat dan kawan lama ayah aku. Thanx gak ea pada korang.

Kali ni besh sket sbb anak sedara aku datang.wee~ Belah mak aku ni, baru sampai dari Perak. Dah beso panjang dah sumenye tp yg hampehnye, sorang pun xkenal aku.wuu~ Rasa mcm nak tikam kepala aku ni. Xpe ler, xkenal pun janji dpt men2 ngan dorang. Aku bg ler derang men game lam laptop aku ni, bg senang sket mak bapak dorg nak makan. Pesan aku kt bapak dia, weh selalu arr bawak anak2 ngko tuh dtg klang. Siot jek anak xkenal bapak sedara sndiri.;p

Makanan? Biasa2 jek, ada nasi lemak lauk sambal sotong, sate, roti jala, n ape lg ntah, dah lupe ler ape nama dia tuh. Sumenye beli, kecuali nasik lemak sbb wat sendiri. Aku blek keje je sume dah siap, so goyang kaki jek lew.hee~ Pastu malam plak, aku lari daripada kesesakan yg melanda dan gi ler umah member aku time skola dulu, wat open house gak. Erm, layan je lew, orang dah ajak.

Lepas hajat aku nak wat open house kali nih walaupun ada yg orang aku jemput n nak sgt dia dtg xdatang ari tuh. Xpe ler, aiman xkesah..~>,<"

Jenjalan kat AEON Bkt Tinggi, Klang

Last week, aku tuju ler tempat yg dah bosan utk dituju sbb dekat sgt ngan umah n selalu dah gi sana.hehe. Aku bwk ler mak aku ngan makcik aku sbb mak aku nak bli barang utk open house n makcik aku plak nak bayar hutang dia. Siyes arr aku kata dah bosan gi tempat ni, len ler Mid Valley or Times Square (kalau umah aku sebelah2 tmpt ni pun comfirm aku boring kot sbb byk kali pegi) Macam biasa arr, ramai orang jenjalan ngan family.


sikit je, xbanyak pun..~


Dah selesai sume ape lg, aku dpt "upah" dari makcik aku, dia offer ler banje makan. Biasanye dia ajak gi kedai mamak kt umah aku tu jek, kali nih aku nak pow dia kaw2 nyer. Nak tau ape dia?


hidangan set double cheeseburger dengan tambah ayam goreng..xD


Hee~ Dah lama xmakan McD nih, lepas ler tekak aku nak merasa. Aku xingat dah bila last skali aku makan McD nih, dah tu siap dapat gelas lg tuh tp kaler pink da abes.huh. Oke ler, dah itu je aku ada nak tulis kt sini.~


Rabu, 30 September 2009

Riuh rendah dihari raya..~

Wahh, seronok sgt ouh ari nih bila sepupu belah atuk sedara aku datang beraya. Nak tau sbb ape aku seronok, sbb dorang sume comel2.hee~ Ala dorg sume kecik2 lg, paling tua pun skola rendah. Yang ada td tuh 4 orang je sepupu aku tuh, tapi dia nyer riuh mengalahkan rumah orang kawen.haha.. Seronok sgt ahh, dah besar dak2 kecik nih.

Dorang terdiri daripada Haris, Aina, Sofea n lg sorang tuh aku lupa nama dia. Sampai2 jek terus serbu masuk umah aku n makan kuih raya.hehe. Memang tuh pun ditujunye sume umah yg dia pegi. Pastu gurau2 pasal lipas lah, cicak. Siap aku agak ler nak amek lipas ngan cicak nk bagi dorang, tp berani plak kan aku nak pegang menatang tuh.hee~

Sekejap sgt jumpa dengan dorang, ntah bile ler lagi dpt jumpa. Sori ler xde gambar dorang sbb leka sgt main2 ngan dorang. Apape pun dorg cute sgt. Xpernah aku happy sgt mcm ni.

Khamis, 24 September 2009

From JB with love

Ntah apape jek aku tulis tajuk mcm tuh. Dah xde idea kot. Oke, ari tuh aku turun JB ler melawat nenek sedara aku. Yg ni kira arwah nenek aku punya kakak, sama giler muka derang.


antara yg terlibat dalam konvoi ke JB edisi berhenti disetiap r&r..xD

Gambar diatas ni bukan kesemua keluarga Haji Hamid ea, ni hanya dua keluarga sahaja yg mana satu keluarga tersebut telah mempunyai tambahan tiga keluarga.(sepupu da kawen da) Adek bradek ayah aku ada ler dalam 8 orang tp yg sorang tuh dah meninggal dunia masa skola lg sebab kena demam panas. Lagi 5 keluarga tuh xdapat datang, so kitorang je arr jadi WAKIL dari Klang melawat orang JB. Oh ya, terlupa plak. JB kat Kampung Melayu Majidie ea, dekat Jalan Hujung dekat bakang landasan keretapi.hehe.


happy with my daughter..lalala..;p

Ohh, nama dia Sarah, anak abg Amir kot nama ayah dia. Cute izzit? Siyes arr, time ni nak bwk dia blek Klang dah sbb dia senang sgt nak rapat ngan aku. Padahal br jek dukung skali. Ee comelnye dia. Harap2 ler sok dapat anak mcm ni..;p Sayang sgt kt Sarah.


sayang anak papa..xD

Lepas JB, gi Melaka plak, umah sedara mara. Tp pegi satu umah je pun sbb dah lewat kan. Singgah ler umah Makcik Yam, umah dia baru je taun lepas kot wat renovation, so dah besar arr sket umah dia. Sebelum ni umah dia kt kampung sebelahnye tp leh plak terbakar, so dia pindah ler umah lain.


jalan ni "pedas"..;p

Memang meriah ari tuh walaupun penat, dah ler ada orang tuh setiap kawasan r&r stop bhenti.hahaha. Next time kalau leh, pegi ler ramai2 lg seronok. Yela, jumpa pun setahun sekali. Xpun time ada kenduri kawen je br dpt jumpa. Perjalanan kali nih makan dekat setengah hari gak ler, 12 jam. Dan yg beshnye, aku dpt drive Merc Benz Masterpiece woo. Sungguh lazat walaupun sekejap je..;p




Ahad, 20 September 2009

Hari Hari Raya Raya

Yeay, balik gak ler ke kampung halaman tp gerak dari Klang ada ler dekat kul12. Sebelum tuh biasa ler, menyinggah sana sini. Kali nih siyes arr raya mcm xde apape yg menarik, nnt aku citekan ea. Salah satunye aku balik kampung ni pun balik ari jek, pas maghrib gerak balik Klang. Sebabnye, kakak aku keje pulak ari raya pertama nih. Siyes arr mcm hampeh, terlalu hampeh. Aku balik kampung ni pun xde beraya umah sedara mara aku sbb xsempat. Kakak aku balik keje kul 10pm, terus ler shoot blek Klang on the spot.

Raya kali nih aku terlalu MALAS utk snap2 gambar sbbnye aku MALAS. ahahah. Baju melayu aku plak dah ler satu kayu ngan family aku sume, dah smart dah tuh tp aku plak pemalas nak snap2 gambar. Tp xpe, nnt sok or lusa aku gi studio gak, snap gambar family wat frame. hee~ Pagi raya, lokasi pertama aku serang ialah umah Tuan Haji Hamid, ohh yeah, he's rawk. Tiap taun dapat duet raya paling kurang RM100, duit belanja shoping raya sorang minimum RM200.hee~ Wow mewah gile tp, tuh cite 15 tahun yang lepas. Tahun nih aku dah xdapat duet raya dah dari dia. huu~. Terasa gak diri nih dah tua bile adik aku bergembira mendapat duit raya dari atuk aku. Erk, sebenarnye dlm diri Mohd Taufik ni masih lg ada sifat kanak2 tau.ehehe.

Oke, umah kedua aku serang ialah umah Mak Ngah aku. Spt biasa, aku mengharapkan umah dia ler collection duit raya pertama aku utk pagi raya nih dan keputusannye, yes aku berjaya.haha. Pak Ngah aku xtau sebenarnye aku nih dah kerja, so dia dah hulur aku sambau je arr. Anak2 dia leh plak nak gtau kt papa dia yg aku dah keje, batu api tol. Tau ler sok dia dtg umah aku nnt xde lgsg duet raya utk derang.hehe. Dan paling besh, aku dpt jmpe Dijah or Khadijah, kira anak sedara aku ler. Owh damn, she's fcuking cute with her "baju kebaya". Harap2 ler sok aku dapat anak comel mcm tuh.hee~

Dah selesai, terus shoot ke Terachi. Dah memanggil2 kampung aku tuh nak tunggu aku rasmikan meriam besi buatan sendiri utk menggegarkan seluruh Kg. Ibol.haha. Tp yg mcm harem J, nak masuk je Nilai dah jem teruk sgt dan, puncanye ialah, 3 buah motosikal yg berhenti di tepi jalan tgh sibuk2 menukar tiub tayar moto EX5 yg pancit sambil kekasehnye mengipas2kan pakwenye menukar tiub. Wahh, rakyat Malaysia terlalu prihatin memerhatikan kesusahan orang menukar tiub tayar moto sampai ler jem kt susur kuar Bangi. Dalam hati menyumpah2 jek. Lepas jem situ, jem kt Bukit Putus plak. Hmm, biasa ler tuh. Comfirm jem sampai Kuala Pilah.

Sampai jek kt kampung aku, rumah bau cat baru tuh. Kaler coklet tp belah dalam kaler ijau. Memang cantik ler hasil kerje tukang buat rumah tuh. Aktiviti seterusnya, MAKAN dan MAKAN. Ohh utk pengetahuan semua, raya pertama ni aku pegi 3buah umah termasuk kampung aku ni, makan rendang ayam. Rendang, rendang dan rendang. Bila 3jenis rendang nih dah masuk dlm usus aku, pe lagi, abis dipintal usus aku nih.ahaha. Amek kau, balun xigt dunia nyer kes.

Sepupu2 aku? Damn, dorang sume bawak laptop sorang satu men game Dota. Gile tul, xberaya ke bdk ni. Bila dah tgk mcm tuh aku pe lg, dah mcm ilang ler mood ni sket. Biasa ler kan, perubahan zaman. Dulu kalau aku balik kampung je mesti ler merayap, kejar anak ayam smpai semput, men mercun or meriam. Skang ni, men Dota tuh kt kampung.huu~ Macam2 ler budak2 skang ni. Maybe mende tuh baru lg kan, so pedulikan dorang arr. Aku pun dah naik bosan ngan laptop ni, biar ler dorang pulak rasakan ape yg pernah aku rasakan.

Kul8, balik Klangn beraya sebuah dua umah sdara mara belah bapak aku. Nak cepat nyer pasal, rembat ler burung tuh sampai 140km/h, mengamuk org tua aku.hehe. Ala slowkan je trus, bapak aku kata laju2 nak kemana, xlari pon Klang tuh. Makan dalam nyer ayat tuh, dia xtau lg yg aku pernah perah abes burung tuh.hee~ Diam2 sudeyh.

Penat, xsangat ler sbb dah tido kaw2 kt kampung. Bosan, sangat2 ler.;p Duit raya, adehlah, ni malas nak komen. Selasa ni plak aku turun JB pulak, nnt ler aku cite lg ea. Panjang sgt dah membebel ni.~>.<"

Jumaat, 18 September 2009

Tersentuh


Agak tersentuh gak ler aku tgk workticket nih. Dalam banyak2 workticket kt ofis aku tuh, yg nih ler yg betul2 wat aku tersentuh. Driver ni namanyer abg raof, sebaya bapak aku gak. Dia ni oke ler, leh ngam ngan dia ni. Tp bila tengok dia tulis ucapan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin", aku plak rasa mcm tacing sket. Dorang dah start cuti ari ni, aku ler yg kene stay kt ofis. Ape boleh buat, GM dah soh wat cenggitu.

Raya? Ntah ler, aku rasa mc biasa2 je tahun ni. Siyes arr, time aku tulis blog ni pun aku xbeli apape kelengkapan utk beraya. Baju melayu tuh ada ler, bukannye daif sgt smpai xmampu beli baju melayu. Biasanye time2 mcm ni aku dah shopping sakan dah beli baju raya.hehehe. Tp nape ntah skang ni, dah xmacam dulu. Nak kata aku ni dah beso, betul gak tuh. Xkan ler nak jadi mcm budak2 lg kan. Xpe la, biar bdk2 yg bawah2 aku gembira. Aku suka tengok org hepi2 ni. Ntah ler, aku xde rasa mood raya plak tahun ni.

Esok, sabtu, aku masih kerja. Macam biasa ler, datang kul 7am (tp sampai kul 7.30am) n wat ler apape yg patut. Maybe bila aku dah bekerja, aku dah malas utk itu sume. Stakat lepak2 jap ngan member tuh leh lg arr. Tp mcm nak kuar jenjalan tuh mcm kene fikir 2kali plak.

So akhir kata, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Halalkan makan minum aku selama 20 tahun, 10 bulan dan 10 hari aku hidup kat dunia ni dan mntak ampunkan dosa aku dari hujung rambut sampai hujung kaki jikalau pernah aku mengguriskan hati korang, terkasar bahasa dan segala2nya kerana yg buruk itu datangnya dari aku sendiri dan yg baik itu datangnya dari Allah S.W.T.

Rabu, 16 September 2009

Barang haram jadah


Hehe. Barang terlarang yg berjaya diseludup masuk ke rumah aku. Mama aku tataw lg nih. Tau kang bernanah telinga aku dengar dia membebel. 49 shot ni tuh, tggu ada mood je nak bakar ni..hee~

Berbuka puasa edisi berpuasa dalam habuk debu


Haha, tajuk mcm ape jek kan. Minggu lepas ler, aku buat overtime n bbuka puasa dekat ofis. Nak merasa arr kan buat overtime mcm mane. Elok plak boss aku skang ni wayar ape yg shot kt kepala dia, dia blanje driver lori sume bbuka puasa. So aku pun join ler sekaki, xkisah ler lauk ape pun janji makan free, sape xnak kan makan free.


nasi putih lauk ayam goreng / ayam masak kurma je..

Ada gak sorang dua driver yg terpaksa bkerja sampai malam sbb nak abiskan CN yg dorg amik tiap2 pagi tuh. Bergantung gak kepada driver tuh nak amik brape trip. Biasanye org yg kerja kt port akan stop utk bbuka puasa dlm masa sejam mcm tuh ler, pastu beroperasi balik. Time2 mcm ni arr aku nak kenal driver sbb time mcm ni aku lebih selesa berborak or berkenalan sbb masing2 free sket kan.

Ohh, terlupa. Pasal berpuasa dalam habuk dan debu spt tajuk diatas, hehe. Memang betul pun sbb ofis aku ni dlm depoh simpanan lori dengan trelar. So habuk2 tuh biasa ler kan, tp kadang2 tuh semput gak ler aku ngan habuk2 ni. Lagi2 bulan puasa ni kan, demam jap ler aku ari tuh.


menatang tuh orang panggil Optimus Prime..hee..~ prime mover ler, or PM..

Ok ler, next en3 nnt aku cite pasal puasa lg. And ada gak en3 yg "kebaboomm".. Tunggu je arr ea..

Isnin, 14 September 2009

Pantun Raya

Sempena Hari Raya yang hampir tiba ni, aku ada pantun berkerat2 utk korang sekadar hiburan masa tgh puasa ni. Aku tau ramai yg tgh lapo kan..hee~!?

Pantun Versi Klate

Make ikke cicoh budu,
Jange lupo tamboh satar;
Kelik rayo taksir laju,
Nanti rayo dale sepita.


Pantun Versi Ganu

Makang ubi jamang jepong,
Makang kopok cicah cuke;
Bulang puasa mung bengong,
Bulang raya mung gile.


Pantun Versi Pahang

Sepadan Pahang ada kasino,
Nasi dagang ikan patin;
Jange mu masam muko,
Raya makan rendang sardin.


Pantun Versi Johor

Cegitu cegini awak suke,
Awak suke kite tak suke;
Esok luse hari raye,
Sama-sama suke rie.


Pantun Versi Melaka

Hawau kau berak merata,
Kaki bengkak ulau patok;
Kalu balik naik kete,
Jangan pandu kalau ngantok.


Pantun Versi Negori

Masak lomak cili api,
Campo dongan daun turi;
Hari rayo kolompo sopi,
Tinggal penyamun dongan pencuri.


Pantun Versi Kolompo/Selangor

Wa cakap lu wa tak tau,
Tapi wa tipu sama lu;
Raya jangan buat tak tau,
Angpau ada bagi gua dulu.


Pantun Versi Peghok

Gulai tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupai;
Pandu hemat ingat kampong,
Asal teman selamat sampai.


Pantun Versi Kedah

Aloq Setaq terketaq-ketaq,
Lapaq perut makan pau;
Macam mana tak ketaq,
Kena paksa bagi angpau.


Pantun Versi Penang

Nasi kandaq kedai mamak,
Anak mami juai pesemboq;
Lepas raya usah dok teriak,
Kalau ceti mai ikut dapoq.


Pantun Versi Perlis

Pandang Besaq kecik aja,
Tempat siam lalu lalang;
Hari raya kita berbelanja,
Jangan sampai menambah hutan..xD

Saya nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Kira 0-0 arr ea..;p

Rabu, 9 September 2009

Hukum isteri meleteri suami

Dalam sebulan aku bekerja ni, terlalu banyak email yg aku baca di dalam inbox operation ni. Ada sesetengah email tersebut berkisar mengenai kisah yg perlu dijadikan pedoman dan tauladan. Dan ini adalah salah satu email yg menarik minat aku untuk membacanya dan aku nak berkongsi dengan follower blog aku. So baca ler ea..

:-) Pendoman buat orang yang dah lama kahwin , baru kahwin @ yang planning baru nak kahwin..........



> RENUNG-RENUNGKAN, SELAMAT BERAMAL.....
> Assalamualaikum
>
>
> Hukum Isteri Meleteri Suami ......
>
>
> " Abang ni balik je kerja, tak nak
> langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar,
> menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama
> bekerja bang. Saya pun
> penat macam abang juga.Sekurang-kurangnya buatlah air kopi
> sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan
> sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak
> makan nanti... pot... pet... pot.. pet.....
> " leter Ina kepada suaminya sejurus
> kembali dari pejabat masing-masing.
>
> Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya
> meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi
> perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan
> menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana
> berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah
> mahupunpenat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai
> isteri dan ibu.
>
> Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri
> suami
> atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan
> sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan,
> tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti
> adik lelaki sahaja lagaknya.
>
> Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan
> isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap
> sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.
>
> Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada
> anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu
> generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang
> negatif.
>
> Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang
> membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami,
> selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.
>
> Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku
> berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang
> lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada
> suaminya.
> " Hadis tersebut menerangkan betapa
> kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi
> kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya
> sebagai pemimpin rumah tangga.
>
> Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad
> s. a. w. mikraj kelangit.. Baginda telah dipersaksikan
> dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri
> daripada kaum wanita.
>
> Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi
> beserta Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis
> tersedu-sedan ." Aku bertanya, "
> Ya Rasulullah,
> apa yang! membuat anda menangis? "
>
>
> Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke
> langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa
> di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis
> kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat..
> "
>
> MENGHERDIK
>
> Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan
> dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam
> tenggoroknya kerana ia telah menyakitidan menyumpah-nyumpah
> suaminya..
>
> Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik
> suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti
> barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29
> inci yang menjadi trend semasa.
>
> Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila
> membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu
> menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai
> suami
> mithali.. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu
> daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti
> kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.
>
> Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih
> keredhaan Allah.
>
> Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah
> tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur
> kepada suaminya. "
>
> Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala
> isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka
> mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah
> dinafkahkan kepada suaminya.
>
> Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi
> isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan
> menjadi perkara biasa tetapi juga ringandan lancar, jika
> kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.
>
> Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan
> Nabi Muhammad
> s. a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin
> hariannya sebagai seorangsuri rumah tangga secara sendirian
> tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta
> suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta
> jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan
> perang sebagai pembantu rumah.
>
> Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan
> permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang
> termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda,
> tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.
>
> Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi
> miliknya..
>
> Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana
> tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi
> disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang
> tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.
>
> Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah
> Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua
> (Fatimah dan Ali) suka kepada satupemberian yang akan ku
> berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu
> minta siang hari tadi? "
>
> Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut
> sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah
> menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah,
> Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing
> sebanyak 33 kali
> setiap kali sebelum tidurnya.
>
> Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah
> menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya,
> Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam
> menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah
> merasa cukup bahagia melakukannya.
>
> Baginya, segala tugasan yang
> disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu
> amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya
> walauseberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah,
> tidak akan memenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya
> seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana
> sekalipun darjatnya.
>
> Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden
> yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar,
> kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi
> sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.
>
>
> Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki
> tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi
> tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami
> bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah
> Rasulullahs. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat
> baik kepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian,
> janganlah pula menyusahkan mereka.
>
> Nabi
> Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang
> terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik
> dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik
> dalam mempergauli keluargaku. "
>
> Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga,
> marilah kitasama-sama belajar saling tolong-menolong
> meringankan beban pasangan kita.
>
> Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua...
> insya'Allah..
>
> SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL
> MUSLIM sekarang. Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI
> mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.
>
> TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang
> suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu
> isteri semata-mata; mestilah dihentikan, demi mendidik
> MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.


Isnin, 7 September 2009

Puasa dan puasa

Agak lama juga ea aku xmenconteng dalam blog ni. Yela, bile dah kerja ni mcm dah xde masa sangat utk menconteng dlm ni. Kalau ada masa tuh insyAllah aku akan update gak blog ni. Sebenarnya terlalu byk sgt cerita nak diceritakan sepanjang aku xupdate blog ni. Antaranya ialah puasa dan sebelum tuh aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua follower blog aku ni n kawan2 aku gak. Puasa tuh kasi penuh ea, dah beso panjang ni toksah ler memonteng.hee~

Puasa keberapa ari tuh, tp malam merdeka arr, aku telah hilang akal sebentar sbb tanpa desakan syatonirrajim yg telah diikat pada bulan puasa ni, aku keluar ler jenjalan melepaskan tensyen di tempat kerja. Nak tau aku gi mane? Sile skerol mouse anda kebawah..~


gambar ni aku copy paste je, edit2 sket..;p

Hee..~ Ni ler aku kata hilang akal sebentar. ahaha. Terasa gak mcm org gile aku ni. Time ni aku gi berdua je ngan membe skola aku. Dia pun bosan kat umah, aku ajak ler kuar jenjalan. Tp nasib baik ler kuar jenjalan ni aku bawak baju hujan sbb ujan non-stop masa nak naik sana. Naik sana pun sekadar jenjalan round2 kt situ je, beli cenderahati n bbuka puasa dekat KFC. Aku rasa mcm harga set dinner plate kt KFC sana dah makin mahal arr. Sebelum ni pegi sana xde plak rege mcm tuh.

Next destination aku Bukit Permai, Ampang. Malam merdeka arr kan, nak masuk tengah2 kL rasanye jalan kaki lebih elok kot sbb aku dpt rasa jem teruk nnt. Bukit Permai ni aku kenal sejak aku mula2 masuk kolej dulu, tempat ni ler aku slalu lepak ngan kawan2 aku n tempat aku bersendirian bila ada masalah. Memang tenang sgt sbb jauh daripada orang n yg paling besh boleh nampak satu kL tuh.


port aku lew, taman skodeng aku..xD

Nak naik bukit ni pun siap ada RELA ngan abg MATA2 jaga tuh. Siap saman keta sape yg parking tepi jalan. Memang malam tuh terlalu sesak gak ler Bukit Permai ni tp last2, xde bunga api.huu~. Nak menangis aku tggu nak tgk bunga api. Dah gi time puasa kan, memang arr kot dorang xde bakar bunga api. So ape yg leh tgk, bunga api yg kecik2 je lew ada mcm mercun thunder clap.ngeh3..

xde bunga api lew, ada mercun thunder clap je..

So, next entry nnt aku cite lg pasal puasa ea. Babai n thanx sbb membaca contengan aku ni..~

Rabu, 12 Ogos 2009

Selepas seminggu

Selepas seminggu..? Erm, ada arr menda baru yang aku belajar. Dari import export, empty laden, booking planning, key in cek kontena n sume mende tuh ler. Keje aku ni mcm boss aku kata, "ini kerja macam jaga itu lembu jugak, mau tgk betul2 n jaga elok2". ahaha. Tgelak aku dgr dia kuar statement "jaga lembu" tuh. Seminggu kerja baru aku tau kenapa dia cakap mcm tuh, sebab kita kene hadap semua kerenah driver lori tuh. Yela, xsemuanya perangai sama. Ada yg baik tuh memang baik ler, ada perangai mcm palat tuh xleh nak wat ape arr. Ohh lupa, boss aku tuh, Tang Ling, kawan lama bapak aku, kira dulu mula2 kerja bawak lori dorg sama2 ler jadi driver. Skang ni dia dah jadi boss, so dia tau ler nape dia berani kuar statement mcm tuh. Dia sbg manager, dan GM atau general manager tuh nama dia Micheal dan bapak aku plak asst manager. So stakat nih yg aku tgk, tiga2 nih memang gila. ahaha.. Bukan gila otak xbetul tuh, tp suasana kerja yg dorg timbulkan tuh yg wat aku selesa dengan dorg walaupun aku masih malu2 lg dlm department tuh.

Berbalik pada selepas seminggu, aku dah leh kenal perangai sorang2 driver yg ada. Ada yg aku selesa bila berurusan dengan dorang sbb keje aku kena banyak berhubung dengan driver ni sume utk mendapatkan maklumat perjalanan dorang. Ada gak yang jenis cakap sengau,ahaha kesian mamat tuh, ada yg cakap memang lemah lembut dan ada cakap jenis nak menengking.

Aku dah terkena ari Isnin lepas, masa tuh plak tgh system down, so aku xdapat nak bukak pengkalan data Northport ngan Westport. Ada ler sorang driver ni, melayu, cakap mcm meninggi suara gak. Dia nak aku cek booking empty kontena, aku cakap ler leklok yg system tgh down dan suruh call main office kat port klang. Ada ke leh dia sound aku, paksa aku booking gak dengan nada suara yg agak kasar bagi aku dan time tuh gak aku sound driver tuh dengan nada lebih kasar dengan mengatakan bahasa apa aku perlu gunakan utk bercakap dengan dia. Last2 aku bengang, pass je phone kt bapak aku dan ape lg, org tua tuh sound lg kt driver tuh.

Aku bukan nak kata ape arr ea, antara driver melayu, cina dan india kat department aku tuh, aku lebih selesa berurusan dengan driver berbangsa india, no.2 dengan driver cina dan no.3 melayu. Serious shit arr, driver melayu memang kurang ajar. Xreti ape maksud budi bahasa tuh sampaikan ada staff india yg ajar aku tuh kata sama ape yg aku ckpkan ni. Tu arr bapak aku dah pesan, kenalpasti driver yg mane mcm palat tuh n jaga2 je dengan dorg.

Banyak gak aku belajar dlm masa seminggu ni, macam2 perangai manusia. Betul ler ape yg boss aku tuh cakap, "kerja ni mcm jaga lembu". Dari jaga lembu, bek aku jaga kuceng aku. lalala..~


Ni ler meja aku tido.ahaha xde arr, ni ler meja yg aku slalu hadap driver2 tuh. Aku dok tepi tingkap, so mcm kaunter arr bile driver dtg pagi2 kena bg workticket, gate pass ngan duit minyak. Pc tuh ler aku guna utk keje2 yg aku cakapkan td tuh. Amende ntah aku pkai, nama dia Citrix Metaframe XP ngan system port KCT n KPM ngan Westport. Amende ler sume tuh, aku xabis explore lg ler.

Isnin, 3 Ogos 2009

1st day at Integrated Haulage

Hee~ Hari pertama aku sedikit sebanyak menunjukkan personaliti dan disiplin yg baek. Mau xnye, HR soh dtg kul 0830, kul 0810 dah tpacak depan pintu opis dan tunjuk surat kt abg kamarul. Haa, nak tau ke aku keje katne? Keje satu opis ngan bapak aku ahh, mane lg.heheh. Tapi ni dalam tempoh latihan je, nak tgk prestasi aku mcm mane. Pas 3bulan performance aku bagus, aku dihantar plak kat Port Klang. Owh, tmpt yg masih dlm latihan ni kat Telok Gong. Nak tau katne, search kt google maps, tgk ler lokasi dia mcm mane. Masih merangkak2 menggunakan data base company nih, ape nama dia ntah, metaframe n CTMS kot. Memang sistematik, lori keluar masuk leh tau dengan kadar masa yang singkat. Tabik ahh.

Ehh lupa, tmpt keje aku ni company haulage atau lebih dikenali sbg transport. Ada gak shipping ngan logistic, tp agak hampeh sket cucu Haji Hamid ni sbb xtau apape langsung mengenai perkataan2 diatas. Aku rasa arr, antara kesemua cucu Haji Hamid, aku sorang je kot yg keje kt sini sbb hampir kesemua anak Haji Hamid ni keje kt company tuh dan aku nih dikira sbg penyambung ler.hehe. Padahal dh bosan sgt xde keje, keje je arr mane yg ada. Nak tau sape Haji Hamid? Dia salah sorg pemegang saham dlm company tuh, seorang GM gak kot dan sekarang dah bersara, dan sbg atuk aku.ahaha.

Erm, sok lusa aku update lg ler ape yg aku belajar sbb byk yg kene aku explore dalam ofis tuh. Aku kene tgk ape yg orang buat, baru ler aku leh ikut. Nanti2 aku update lg so pasni, aku da stat bzbzbzbz dan terlalu lah bz..~MySpace

Ahad, 2 Ogos 2009

Arrgghhh..


Ape boleh buat, ayah sndiri buat, nak buat mcm mane, buat don't know je ler.huu~
Dalam gak kemek ni sbb terlanggar tiang telekom. Tahap penglihatan mata ayah aku skang ni aku rasakan makin menurun, tataw sbb ape. Mungkin power utk mata dia kene tambah. Dia klau driving memang xpkai spek pun, pakai pun time membaca je. Maybe ari tuh dia penat ke. Ala xpe arr, nak wat mcm mane kan mende dah jadi. Janji sok dia gi anta ketuk ngan cat.hee~

Piston dah masak

Binatang ni dah cukup rangup utk dimakan..bhahaha.. Hilang seksa nak kene bwk slow jek dekat sebulan ni. Pasni,paham2 je ler. Cukup sebulan jek dah dpt 1k, pasni gi serbis kat "abang" aku ler.(anak tokay kedai tu ea).

Khamis, 30 Julai 2009

Double spoiler tuh

Masa aku nak amek adik aku dari skola semalam, aku ter"spot" lah satu keta ni. Keta mazda model ape aku xtau ler. Mula2nye xde apape pun yg menarik, tp bile aku rapat sket keta aku kedepan, nak pecah perut aku menahan gelak. Rupanya aku terperasan arr spoiler dia yg dibuat daripada satu besi yg aku cukup2 kenal. Xsilap aku arr, besi ni ada lubang2 n dijadikan sebagai almari or tempat letak barang. Ala, kat kedai komputer lowyatt byk ahh dorg wat tmpt susun2 desktop.


Ni nak kata ape ni? Jimat, kreatif, or kitar semula..? Tapi apape pun, kreatif gak pakcik ni. 10 markah utk pakcik..MySpace

Jumaat, 17 Julai 2009

Tandas robotik

Haa, tajuk mcm menarik perhatian korang je kan..hee~ Sebenarnya khamis lepas, or semalam, aku folow ohhchentaku gi tasik titiwangsa. Ada arr membe dia time praktikal dulu ajak celebrate birthday dia. Aku pun join arr derang. Ternyata arr aku ni jauh berbeza ngan dorang. Dorang sume leh dikatakan educated sbb jurusan yang derang amik sume yang aku xpenah dengar, ni jenis yuran satu sem dekat 15k tp aku tataw ape nama dia. So aku join je arr mcm kanak2 kat situ.hee~

Berbalik semula pada tajuk tuh, ada arr toilet tuh kat sana. Agak pelik arr sebab nak masuk toilet tuh kene bayar mcm nak beli air tin. Aku dh xtahan sgt time tuh, cari toilet lain xjumpa. Kuarkan arr dekat sehengget nak bayar toilet tuh sbb aku agak2 toilet tuh comfirm mahal sbb ada membe2 aku cakap. Skali masuk bayar doplohsen je arr. Tapi ada limit 15menet je.


Ni lah rupo ehh. Macam nak masuk lif jek pas bayar doplohsen tuh, nak tutup pintu pun kena tekan button. Dekat dalam toilet tuh aku dah tergelak sensorang dah, gile maju kL skang ni. Dlm toilet ada aircond tuh yg aku xleh terima.ahaha. Tapi puas ati arr bayar doplohsen utk toilet tuh. Aku rasa Majlis Perbandaran Klang kene pakai gak toilet cenggini sbb nanti kalau2 aku kuar gi klang ke, leh arr melabur saham kt situ.hee~ Kat bawah ni ada sket gmbr time dlm toilet tuh. Siyes arr, smpai skang aku nak tgelak lagi sbb sebelah jamban tuh ada tmpt mcm baby sitter. Memang ada ke tuh? Boleh plak aku terberak kalau anak aku ada kat sebelah mcm tuh..xD

ni haa tempat baby tuh


mamat hensem ni yg tolong snapkan gambar utk aku pastu anto pkai bluetooth..xD


pas 15menet xkuar, pintu terus bukak..lama sgt pun bahaya gak dok lam ni..

Isnin, 13 Julai 2009

Jalan2 cari makan

Sabtu lepas, pas aku balik interview kat puchong, mak aku dah pesan awal balik awal sebab dia nak gi makan ikang bakar kat pantai remis. Ni pun sbb ohhchentaku..~ yang bagitau ikan bakar kat situ mabeles gile kentang bombastik ahh. Kena arr balik awal tp sampai gak lewat, 6lebih. Ari tuh bapak aku pose, soh nak budget time nak berbuka kat sana arr kononnye. Tapi xsempat pun, sebab kakak aku blek keje kul6 kot.

Lokasi menarik, nama pun pantai kan. Berangin beb makan kat sana. Bapak aku nak bbuka kat sane, jangan harap arr. Telan air kosong dlm keta je arr sbb jenuh mencari tempat ni. Parking pun bersepah, nak deting pun layan jek. Kedai ikan bakar ni aku tataw nama dia, tapi kedai dia baru je dinaiktarafkan dari dulunye kecik je dan skang dah besar. Ada arr dekat 7 jenis ikan kot kt kedai ni tp sume bakar saje oke, xde masak tepung or masak 3rasa dan masak masam2 manis xde oke, bakar aje.

Setelah meratah sekor ikang kembong, fuhh meleleh2 air gua siot, stim jek ni. Sampai skang terbayang2 lg ikang kembong tuh aku ratah. Layan gile arr ngan air asam dia yg sangat mabeles, makan dengan ikan yg panas2. Siyes arr, xcari lain lagi dah. Kalau xmak aku nak makan ikang bakar dekat pengkalan balak kat melaka. Tapi faktor lokasi yg agak jauh sgt, terpaksa arr lupakan hasrat dia tuh. Tapi ni dah jmpe port makan ikang bakar yg best, mggu depan gi makan lg arr tuh. Tgk je arr nnt..;p

mama aku beriya2 makan ikang sampai kene pakai teropong..


Aku minum teh o ais jek, xde order nasik pun..~


sutun..xD


big boss rasmikan dulu..xD


ikan jaket kot, togel ayah aku kejekan..~

Kasut baru

Aku da de kasut raya baru. hee~ Sebabnya, kasut nih dah gelong dan rabak dek keganasan aku ni haa~. Adoi, kejam sungguh. Ape leh wat, seb bek dpt tukar kasut baru dgn rege agak murah arr. Tp yang bestnye tuh, kasut lama aku tuh dia nak amik, kira trade in arr. Macam xcaye jek arr, dia amik pun rege tggi. Kasut baru plak bagi rege kemain murah. Aku sambar je arr. Cantik woo kasut baru aku ni, dah lama mengidam. Ala xmahal pun, tambah 4rat steng je. Meh arr tgk gambiran ni..~


Ahaha dah kene tipu. Aku memang saje2 je nak tipu korang. Sori bebanyak, sori tau. Len kali wat lagi..;p
Dah xleh wat apape dah ngan rim lama tuh, sbb dah teruk sgt. Berapa kali ntah tayar meletup tengah2 jalan, pastu terlanggar lubang lagi. Tp yang sedihnye, budget lari teruk ahh. Menangis xberlagu arr aku nnt..