Hmm, dah lama jugak arr aku xupdate blog aku. Bukan xnak update, tapi sejak kebelakangan ni aku bizi sgt ngan final project, assignment, bla bla bla..~ Banyak gak arr cerita2 sepanjang aku xupdate blog aku.
18 April 2009 - Trip to Sg. Congkak..~
Plan last menet, mcm mane ntah leh terfikir nak gi sg congkak. Selalu tul mcm ni, men2 cakap pastu terus jadi. Bagus gak kalau mcm ni sbb bukan ape, kadang2 tuh plan mcm trip gi luar mesia, plan beriya2, last xjadi. Bagus mcm ni, last menet, plan malam gi pagi esok. ahaha...
Macam biasa arr, janji melayu. Janji gerak dari klang kul 12, tgk2 gerak kul 1 sbb aku bgn kul 12 tepat.ehehe.jgn marah aa.. Kali ni yang pergi ada arr dekat 6orang, 5orang gerak dari klang dan sorg lagi dari cheras, sumenye ada 5bijik moto. Yang ada ari tuh si qayyum, apis jabar, pojol, shahir mahmud n daus mokk tapi daus tggu kat cheras sbb dia nnt dari gombak.
Sampai cheras dlm kul 2 sbb ada arr moto kuat sbijik tuh leh problem plak time kat klang. Biasa arr kan, moto kuat, minyak 2t campur sndiri ngan petrol. Last2 amik kau, minyak 2t terlebih, dah jadi mcm mesin penyembur nyamuk aedes moto dia tuh.ahaha..~ Ala ape ada hal, membe2 nyer pasal kita tggu arr dia baiki balik moto dia tuh dan utk pengetahuan korg, membe2 aku ni sume sama kelas time skola dulu, besh arr dpt lepak2 mcm ni ngan dorg.
Kitorg gerak ikut jalan kt ngan ampang saujana tuh kot, mcm jalan zig zag sket sbb jalan tuh je aku tau nak kesana. Cuaca alhamdulillah memang baik, xujan langsung dan kitorg smpai dalam kul 2.45 mcm tuh arr. Cantik btl arr sekitar sg congkak ni sbb dah macam dinaiktaraf mcm byk kemudahan utk pengunjung. Sungai pun jernih dan ape lg, bdk2 ni sume dah mcm kanak2 6tahun kebawah yang keriangan utk mandi..xD adeh, siyes mcm jakun.
Tepat kul5 sume gerak balik sbb apis jabar kena keja malam tuh, so kena gerak awal sket. Nak tau x, kitorg ada bwk buah tgn dari sg congkak, kita sume bwk balik sorg satu beg yg penuh ngan batu sungai. huu~ Sebenarnya batu tu qayyum nak sbb nak letak kt kubur arwah mummy dia. Tu arr tujuan utama kita sume nak gi sg congkak, amik batu..x)
20 April 2009 - alfatihah
Ari isnin, macam biasa arr gi kolej yg bosan. Nak tau sbb apa aku bosan? Biar aku sorg jek yg tau. Pas kelas je, group aku utk subjek ape ntah, nak wat perjumpaan utk wat assignment group n wat slide show. Slide show tuh memang keje aku arr, yang len2 cari isi2 penting dalam modul masing2. Sorg ahli group aku, merangkap pekongsi rancangan perniagaan aku, si pae atau ahmad rifa'ie, mendapat panggilan telefon oleh ahli keluarganya. Perbualan ringkas tuh diakhiri ngan riak wajah dia yg macam risau2. Pastu dia bersuara, "kata arr bapak aku eksiden lg..". Hmm, fikiran aku mengatakan mungkin bapa dia kemalangan biasa. Tp dia cuba mengesahkan kembali dengan menelefon kakaknya. Dia terkejut, terkedu,. Lalu terus keluar perpustakaan dan menyambung perbualan ditelefon bimbitnya. Biarkan je lah dia berurusan dengan keluarganya.
5minit kemudian, dia masuk semula dan ke meja kami, dengan kelam kabut dia berkata, "wehh aku kene balik kota skang gak, apape hal ko msg aku..~". Tu je ayat terakhir aku dengar sebelum dia hilang dari pandangan kami semua. Semua ahli kumpulan kami bingung, dan macam2 perkara mereka terfikir. Ahh biar je arr dulu, nanti apape hal dia akan bagitau kitorang kot.
Pukul 3.15, aku kat umah yg tgh sedap tido, dikejutkan oleh salah sorg ahli kumpulan aku yang mengatakan kedua ibubapa pae dah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Innalillah, itu je ayat aku mampu luahkan dalam keadaan mamai, ya Allah, sekali lagi aku seperti hilang pertimbangan, begitu cepat Dia amik ibubapanya. Aku xnafikan, mggu lepas adalah kali terakhir aku tgk dia menghubungi ibunya. Kenapa begitu cepat dia pergi, aku terlalu terkejut dengan kejadian tersebut.
Pae ni anak bongsu dalam keluarganya, xdinafikan arr dia ni memang anak manja dan paling rapat dengan ibunya. Aku suka dgr bila dia menelefon ibunya sebab manja kemain, mengada2..;p Biasa arr tuh, nama pun anak bongsu. Walaupun tgk dia mengada2 tp aku suka dia mcm tuh. Tapi nnt mcm mane lepas ni, aku xdgr lagi dia menelefon ibunya. Aku tataw arr mcm mane dia nak hadap semua benda ni. Ape yang aku leh wat just berikan semangat kepada dia utk teruskan perjalanan hidup dia.
Kepada ahmad rifa'ei, takziah kepada ko dan kuatkan semangat ko utk menghadap semua dugaan ni. Ko kena kuat, dan aku ada kalau ko perlukan apape pertolongan dan aku akan tolong mane yg termampu. Banyakkan bersabar..~!?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan