Isnin, 24 Januari 2011

kematian

Oke, en3 kali nih aku nak siyes aje. Siyes nih tau, (sambil wat muka macam The Rock nak naik gelanggang wrestling). Kematian, kita sendiri tak tahu bila dan di mana kita akan mati sebab itu semua urusan Allah S.W.T. Tu lah kita selalu dengar pepatah orang, kita hanya mampu merancang tp Tuhan yang menentukan.

Minggu lepas, entah ape kes tiba2 aje aku teringat kat kedua-dua arwah nenek aku. Agak lama dorang dah pergi, seingat aku masa darjah 5 dan darjah 6 kot. Memang ler sedih bila orang yg paling disayangi pergi menghadap ilahi. Semoga mereka ditempatkan di dalam syurga.

Aku terfikir sejenak, bila masa pula saat kematian itu akan aku hadapi. Cuma tertanya-tanya, dah bersediakah aku dengan amal ibadat dekat dunia nih. Siapa yg tak takut mati kan, len ler mati kutu. (cis, tak siyes pulak) Banyak kes kita dengar dan baca pasal kematian nih, antaranya kena bunuh ler, pukul sampai lebam, eksiden, gilis lori trelar. Hahh yg gilis lori trelar nih aku xnak point lebih2 sangat sebab hampir2 terjadi kepada aku dan hampir setiap hari aku menghadapinya. Kalau boleh, biarlah aku mati dalam keadaan yang baik.

Sekarang nih, tahun 2011. Semasa mak kepada member aku meninggal dunia, dia disemadikan salah satu tanah perkuburan di Klang dan lebih dikenali sebagai Lipat Kajang. Masa tuh kalau tak silap tahun 2008 kot. Tanah perkuburan tuh baru ler dibukak sebelah tanah perkuburan lama yang dah penuh, kira extend ler sampai ke tepi jalan besar. Yang aku nak persoalkan sekarang ni, tanah perkuburan tersebut dah hampir penuh. Erm, dan2 tuh otak aku nih terus ler berfikir, "esok aku mati nanti nak tanam kat mane arr ea, kat sini pun dah penuh". Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya, mana lah dorang nak campak mayat aku nanti kan, tak kan lah nak bakar je kot, adeh.

Dulu pernah tau time kecik2, aku tanya mak aku mane kubur aku nanti. Demm, soalan yg agak cilake gak ler aku tanye. Yela, tadika pun belum dah tanye soalan cenggitu ;D. Dan sekarang nih aku persoalkan balik soalan tuh kepada orang tua aku, berfikir macam mane ler esok nanti kan. hmm.~
Mintak ler nyawa aku dilanjutkan, belum cukup lagi amal ibadat aku kat dunia nih dan aku belum bersedia nak hadap tuh sume tapi kalau dah tertulis aku redha aje.

p/s:- 1) contengan kat atas nih bukannye berpunca dari perubahan sikap yg mana macam esok lusa nak jadi arwah, bukaannnn tapi aku cuma persoalkan aje oke ;)
2) agak2 esok ada sape2 yang meninggal kalau nak tanam mayat kena beli kot tanah lot, erk mintak simpang ler jadi macam tuh

Tiada ulasan: