Sabtu, 31 Januari 2009

tag dan tag lg..x)

1)What is your passion?
nak memenuhkan iman dan ilmu dlm dada, jgn kata aku poyo tau tp mmg btl ni pun...

2)Do you love to be special?
msti arr, sape yg xnak tuh gtau aku, sekeh2 sket..,

3)Have you ever wonder what will happen in future?
erm, menjadi usahawan ayam kampung dan telur ayam kampung yg berjaya..xD

4)What do you want to be?
just want to be myself, biaq pi arr aku ni sengal or ape pun...

5)If there is someone, who will you pick?
mama,norhayati mohd noor, sbb apape pun terjadi dia je yg aku leh harapkan

6) Is it you feel you're alone?
nope, happy jek bersama sidia walaupun kadang2 tu berjauhan...

7)What are your FAV animal?
nak sgt bela iguana sbb dia kewl n sker kontrol macho tp aku xberani, so mampu bela kuceng jek..

8)Do you tend to say "you are weird" to everyone?
kalau arr perangai pelik, klau xpelik watpe nak ckp

9)Do you love yourself much than others?
msti arr, mane mau dpt Mohd Taufik ni..x)

10)A picture that can describe about you briefly.

Hati ini umpama tisu..x)

tag from yaya..~

tenks kpade wanie sbb ajor mcm mane nak men mende alah ni, ni pon aku baru tau amende fungsi tag tuh..~


1) Your name / username
topeX, apik, taufik

2) Left handed or Right Handed
Right

3) Favourite letter to write
ntah arr, byk sgt menulis smpai tataw..~

4) Least favourite letter to write
n

5) Do you think you are HOT?
hot? iye kot sbb ada arr 2-3 org ckp mcm tuh..;p

6) Upload you fav pic.














7) Why do you like this picture?
sbb aku jek yg berani duduk atas jalan depan sungei wang, korg ada berani..?

8) The last song u listen to?
Andrea Bocceli - Besame Mucho

9) What are you doing right now besides this?
aku bgn, gi kt suar aku, masuk tgn lam kocek, kuarkan gula2 hacks dan makan..x)

10) Tag 6 people
  1. Hazwani Najib
  2. Nazar
  3. Gent
  4. Nizam5285
  5. YazmeenAhmad
  6. Acaizegrete

Sabtu, 24 Januari 2009

Jika MALAYSIA diserang...

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain... Apabila negara-negara islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir... kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini.." Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai..." Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah
ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku.


Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka.
Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara
Islam yang lain plak jadik cam kiter?

MALAYSIA DISERANG ???
untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa. (Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas... ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia... lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan.


Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera
untuk menyerang malaysia... AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu
pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.


Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hizbullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.


Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.


Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita... YB Wakil Rakyat... Parlimen dan ADUN... Tauke-tauke Cina yang kaya... semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.


Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya.

Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab... Khalifah Ali Abi Thalib... Khalifah Khalid Al-Walid...
Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi... yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.


SAAT Peperangan bermula...

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom... melancar peluru berpandu... membedil... menembak Rakyat Malaysia... mereka membunuh Orang tua...
perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita... sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!


AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti...

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang... datang lagi pesawat musuh silih
berganti... Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO...
diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya... menghujani bom-bom dan roket...kemudian Johor dan negeri
sembilan dapat ditawan tentera musuh.


Anda di berada di Kedah... Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara... tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda...
menentang pintu rumah anda... anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah...

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda... sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia... muncung senapang ditujukan di kepala anda... Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006... diajukan muncung senapang...

DAMMMMMM... anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu... Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak... anda tidak mempunyai perasaan apa-apa... sekarang berlaku kepada diri
sendiri... baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata...

Anda menangis ketakutan...

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak... untuk dijadikan habuan tentera dalam kem.
Anda dipukul
separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati... tetapi umur anda masih panjang... anda masih hidup... anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri...

Anda mengalirkan air mata... INGAT AKAN ALLAH...

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.


Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri... Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini... Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata... Anak kecil ditembak didepan mata... Isteri dirampas untuk diperkosa... didepan mata!!!
kawan-kawan... sahabat taulan... ramai yang terkorban...dan tidak kurang juga yang cedera parahh...

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar.
Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua
dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri... mereka tidak bernasib baik seperti anda...

Diatas bukit itu juga... anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat... mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah... tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa... Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti....

Apa yang anda Harapkan pada masa itu????

Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali...
BANTUAN ALLAH... BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH...

ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA... ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!! ANDA
MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN... BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI...

Tetapi tunggu punya tunggu... bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba...

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:

"Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia "
(Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

"Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti... setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu"(Presiden NAM )

"Alhamdulillah... Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan... Kita semua patut bersyukur... kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali
dalam suasana yang aman harmoni", Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai.
(Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)

"Tak apa... selepas peperangan tamat... Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia " Wakil Penduduk
Islam Selatan Thailand )

"Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan" Pemimpin Arab Saudi)...bagi
komen dan pendapat...

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM
SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA
MEREKA??

fikir-fikirkan. ......

Rabu, 21 Januari 2009

aku skang da sem6..~

Tadi pasal skola, ni kolej lak. Nape arr cepat sgt masa berjalan. Kan best klau aku ada kuasa menukar masa balik pada taun 2006, kalau leh byk aku nak perbaiki dari segi sikap dan mcm2 lagi. Banyak arr pahit manis aku dapat tahu n belajar bile masuk kolej ni, dapat kenal manusia ni mcm mane, macam2 lg arr. Macam mane arr kalau dh abes blaja nnt, dapat ke aku jumpa membe2 aku lagi, dapat ke wat kepala gile mcm dulu lagi. Soalan tuh bermain2 dalam fikiran aku ni, ape arr nak jadi pasni kan. Aku harap arr hubungan persahabatan aku xterputus smpai bila2 sbb susah nak dpt membe mcm dorg ni sume, xkisah arr dari 709 riviera or 281-0-5 casa ria, sayang sgt kt korang n xlupa gak dak2 dppC yg memang rajin berdedikasi dan bijaksana..ngeh3..~aku xnafikan tau memang btl sbb C utk CLEVER..hee..~

Aku hampir terlupa, dorg ni arr membe perempuan yg mula2 aku kenal n rapat, ;)



tengks sbb jadi kawan yg besh..x)

sesi persekolahan, dak2 skola rendah daa..~

Tak terlambat kot aku nak tulis pasal ni, lagipun mcm rugi plak klau xtulis ni.

6hb Jan ari tuh arr, aku ikut ohhchentaku gi umah pakcik dia. Tapi sblm tuh gi arr amik anak dia kt skola. Terasa rindu plak kt skola aku dulu bila tgk depan pintu skola tuh. Siyes dowh, teringat time skola dulu, rasa mcm cepat je masa berlalu. Dulu aku gi skola, masuk kelas belajar, gi kantin makan n panjat pagar ponteng skola.huu~~

skola aku bukan mcm ni, skola aku bangunan lama..~


Macam2 situasi aku terfikir mase skola dulu bile aku tgk skola sarah, spupu ohhchentaku ni. Sarah ni skola kt bkt jelutong, kira majoriti anak2 org kaya arr kt skola ni. Aku terpandang pula kat abang jual aiskem nek moto stop sblh keta pakcik aku, aduhai, skali lg aku teringat time skola dulu aku slalu bli aiskem kon yg brape ntah rege dia aku dh lupa. Tp skang ada menu baru, aiskem dalam roti. Aku xpenah rasa pun mcm mana rasa aiskem ni, tp rasa skali layan arr plak. Xkisah arr berebut ngan bdk2 skola yg comel2 tuh sbb aku leh terimbas balik time skola dulu. Apape pun, sumpah aku rindukan sgt skola aku dulu.


aiskem ni sedap woo..~


haa, ni arr sarah. muka dia sama ngan ohhchentaku..~


p/s:- bile arr dak2 skola aku dulu nak kumpul ramai2 wat kepala gile mcm kt skola dulu..~

Ahad, 18 Januari 2009

KEMATIAN PELUKIS DENMARK YANG MELUKIS KARIKATUR RASULULLAH

KEMATIAN PELUKIS DENMARK YANG MELUKIS KARIKATUR RASULULLAH
Tlg sebar2kan kpd sumer yg beragama Islam mahupun bkan.. The artist who drew the pictures of the Prophet Mohammed (S.A.W) has died in afire. He was burned alive. Denmark governmen t is hiding the news from the public and everyone has to know. Plz spread this... . (Its the price one must pay 4 the insult of Allah's Prophet) Forward this to as many people as you can... Are you going to forward this or delete it? Just remember Allah is watching you if you love Allah then send this to everyone on your list because you have open this

Isnin, 5 Januari 2009

Aku da masuk kolej balik daa..~

Hmm, mcm biasa arr, hari yang membosankan dimana 5jan kene daftar mcm2 arr. Nak kene daftar kelab arr, cek clearance form, bayor itu ini.bosan2..~ Aku,? mane ada gi tuh sume, ari isnin aku bizi arr. Anto membe aku roy gi nstp sbb dia praktikal kt situ, pastu jumpa ohhchentaku gak sbb dia praktikal kt situ. Tp last2 membe aku tuh ta dpt praktikal kt situ, kena arr cari tmpt len.

Bile da masuk sem baru ni, sem6, mcm ta caye jek da jadi senior x)..~ Tggal 6bulan jek nak grad. Dtg kolej pun mula arr mcm nak xnak. Tp apape pun msti aku rindukan kolej aku ni, banyak pahit manis masin masam yg berlaku kt sini.

Ari ni, selasa 6jan, aku gi daftar kelab je. Ala bosan arr, dtg tunjuk kupon, bagi cop mohor n bayar 5hengget. Pastu sok mek kat matrik. Da nek bosan arr tiap sem mcm ni. Td pon aku dtg kolej pkai tshirt ngan slipar jek, baru arr nmpk mcm senior.ehehe.. Bile lagi aku nak langgar undang2 kan. Kelas aku lak mula mggu depan so get ready ngan kelas miss ainie yg... ntah arr, no comment. Aku layankan jek..

Kt sini aku nak list perkara2 yg besh n ta besh bile masuk kolej kali ni:-

Besh..~

  • bebas sbb leh wat mcm2..~ahaha aku jadi jahat..xD
  • jumpa blek membe2 yg masuk air ;p (termasuk aku daa)'
  • jenjalan kL
  • lepak2 ngan dak ni gi karok or club n futsal
  • jumpa ohhchentaku..~
  • jadi abg senior ;p
  • itu je kot..~
Ta besh..~
  • undang2
  • traffic jam
  • panass..~~
  • kelas 3jam non-stop
  • miss ai... ta payah tau arr..
  • ta ckop makan
  • ckop arr, kang lelebih ada org terasa.
Tu je arr, harap2 aku cepat2 grad n blah dari kolej ni. Kolej je ntah apape, tp membe2 besh of da besh, susah na jmpe membe mcm dorg ni. Dah arr, malas na tulis lg, aku tulis ni pon sbb bosan n baru dpt tenet. Fak yu u-mobile, ai hett yu.

Sabtu, 3 Januari 2009

Perubahan lelaki selepas kahwin

"SELEPAS KAWIN"



Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi
indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu,
silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau
tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I
tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara
pintu digegar), kalau nak bertapa
pilah gunung ledang sana!!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I
sampai rumah. Sayang, I belikan
murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan
U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka
cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai
dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah
apa yg U nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual
ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH….
ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U
masak.Rasa pun sedappp…!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah
pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2
pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti
bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI
BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-
jalan ke Amerika atau ke tempat yg U
nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje
ler… Senang sikit tak perlu naik
flight…
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH
AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite
apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..

p/s..cinta sesama manusia .i believe
kena semai selalu...ibarat pokok..mcm
tu la..hu2..
hanya Cinta kepada Allah..kekal
selamanya~~
sebelum mencari cinta...cari la cita..
sebelum kenal cinta..kenal la dulu
cita2... xD