Jumaat, 13 Julai 2012

Kerja gila

Takde laa gila sangat pun, atau meghoyan bak kata orang Perak. Cuma nak kongsi nih aje:

Projek gile gile bapa punye punn

Hahaha, nanti laa aku update lagi. Still under construction :)

Broga yaww

Indahnya ciptaan tuhan

Jiwa kacau, biasa lah jalan-jalan pi panjat bukit. Bukannya selalu kan. Den ado, ekau ado ? :p

MyAlza Owners Club

Apa yang menarik dengan MyAlza Owners Club ? Sebenarnya banyak, dan macam-macam dah saya dapat dan lalui dalam dunia berkelab ni. Pelbagai ilmu dan tunjuk ajar diperolehi, rakan-rakan pun bertambah, mengisi masa lapang dan sebagainya. Entry kali ni sy nak kongsi segalanya tentang MyAlza Owners Club ni, dari mula saya join sampai ler sekarang ni:

Aktiviti pertama: Konvoi bersama MyAlza Owners Club ke Port Dickson

Gambar ni dah lama ada dalam simpanan sy, sampai dah terlupa siapa jurugambar tersebut. Masa ni memang lah terasa newbies sangat sebab langsung tak kenal seorang pun dalam kelab ni. Kenal pun dalam forum aje, tapi orangnya tak kenal.hehe. Dan masa ni laa orang pertama sy kenal namanya Hairi atau dalam forum namanya arie10. Terasa kerdil aje masa tu bila bersama dengan orang lama, tapi dorang semua tak sombong. Semuanya friendly macam satu keluarga yang besar, takde kira umur warna kulit dan asal usul. Start dari sini laa minatnya saya dalam berkelab ni.
Adat laa dalam berkelab, racun meracun tu satu kemestian. Tak lari laa culture tu dalam mana-mana kelab tp sy hanya mampu nengok aje, nak buat lom mampu lagi :)

Aktiviti kedua: AGTT Ipoh, Perak

Gambar kedua dan ketiga ni semasa di Ipoh, Perak. Yang ni kira event kedua dan terbesar yg pertama aku pernah join. Memang havoc bila tengok crowded macam ni skali, bila semua members dari seluruh semenanjung berkumpul beramai-ramai. Sangat syiok, dapat kenal member baru dari negeri luar dari Selangor. Sangat terbaik.. 
Sebenarnya banyak lagi event yang menarik aku dah join tp dah hampir ingat-ingat lupa mane pergi gambarnya. Kalau nak buat story tanpa gambar macam tak menarik pulak kan. Tp takpe, slow2 saya update :)

Chenta Baru, Hidup Baru

Sekarang ni saya dah ada kenderaan baru, selepas ada life baru ni kan. So entry kali ni sekadar nak berkongsi aje la :)

Pada 29 Julai 2010, lahirlah Perodua Alza ke dalam family aku, yg mana sebelum ni hanya Perodua Kenari. Kenapa ia menjadi pilihan, ehh suka hati gua lah nak beli ape pon.hihihi gurau aje. Sebabnya saya sukakan rekabentuknya, nak kata kereta orang tua pun tak, kereta orang muda pun tak. Sebab tu laa ia dipanggil "Kereta juga MPV". Beli ni pon sebab fikir panjang, sok dah kawen senang nak angkut barang anak-anak, anak-anak leh golek2 kat belakang tu.

Haa ni lah dia, comel kan ? (:

*Dia banyak mengubah hidup sy, dia lah peneman sy, dia lah segala-galanya. Susah senang sume bersama* dengg, orang bercinta pon tak macam nih :p.  Then selepas tu, cuba jugak berjinak-jinak dengan objek ni seperti search dalam google n etc. Dalam carian tuh baru laa jumpa spesis yg sama macam dia ni kat Jepun, kalau kat sini dipanggil Perodua Alza dan kat Jepun plak dipanggil Toyota Passo Sette dan Daihatsu Boon Luminas. Sedikit pun tak menarik perhatian saya, yang penting sy lebih sukakan hasil titik peluh anak Malaysia. Dalam carian yang sama jugak, terjumpa pulak satu laman sesawang ni dipanggil  forum www.myalza.com. Seperti biasa, saje aje sign up dalam tu dengan nickname hensem sy, fikxXxiology :D. Dan start dari situ laa sy rajin follow aktiviti dalam kelab tersebut, nanti next entry sy update lah setiap aktiviti yg saya join tu. Okeh, nak pi lunch dah ni. babai~ :)

Khamis, 12 Julai 2012

Puasa

Pejam celik pejam celik, dah nak menghampiri bulan ramadhan. Terasa cepat aje masa berdetik sekarang ni, seperti enjin vtec k20a lajunya. Dulu puasa tak pernah tinggal, so harap-harap tahun ni pun sama lah hendaknya penuh tu. Sama lah dengan solat terawih, tahun nih nak target full spec dah, takmau tinggal lagi. Jadi saya disini nak ucapkan, selamat menjalankan ibadah puasa ye, yang lelaki toksah dok bagi alasan uzur ke gastrik mahupun PMS. Tuhan marah kalau tipu-tipu, nanti berdosa masuk api neraka :)

Selasa, 15 Mei 2012

Big boys toys, hobi baru laa gak

Assalamualaikum.

Sejak dua menjak gua frust menonggeng, yang sakit lagi menderita tahap kritikal nak masuk ICU dah, aku boleh dikatakan ZERO gak laa, kerja tunggang langgang, kawan2 terbuang sana sini, life takde pertimbangan. So sejak dari tu mula laa hobi baru aku.

hehehe agak2 semua boleh agak dengan natang atas ni, dan yang kedua:

haa yang ni lagi satu. Sebab ape ? Nanti laa slow2 aku update.

So dua benda nih laa yang banyak mengubah aku dari seorang yang takde life menjadi sebaliknya. Tunggu aje laa update seterusnya ye. Adioss, wsalam.

uuuhaiii, seperti dilahirkan semula

Assalamualaikum semua.

Yaa yaa benar, sudah lama rasanya saya tak mengupdate blog ini, dah hampir musnah dimakan anai-anai, dimamah usia.hihihi. Bukan ape, banyak perkara yang menyebabkan saya dah malas nak menconteng blog ni. Dalam pada masa tu gak macam2 kisah pahit dan manis terjadi pada saya. Ok lah, apape pun sy mulakan balik laa ye seperti baru2 kenal dulu ye. Masih pemilik yg sama iaitu Mohd Taufik, atau panggilannya fikxXxiology. Sekarang dah kembali ke Klang, sebelum ni sy menetap ni Senawang, Negeri Sembilan kerana bekerja di sana. Status: single. Yup, sukar untuk menerima tp terpaksa menerima hakikat bila hubungan 4 tahun lebih yg terbina kukuh runtuh begitu sahaja. Mungkin dah tertulis di atas sana, saya cuma redha dan terima saja ketentuan-Nya. Dan itu juga salah satu sebab saya ZERO dan meng silent kan diri dari segala media alam maya dan laman sosial spt facebook n etc. Rasanya itu sahaja setakat nih, dan saya akan update sedikit demi sedikit mengenai perjalanan hidup baru saya ni. Sekian dari saya, wassalam :)