Jumaat, 13 Julai 2012

MyAlza Owners Club

Apa yang menarik dengan MyAlza Owners Club ? Sebenarnya banyak, dan macam-macam dah saya dapat dan lalui dalam dunia berkelab ni. Pelbagai ilmu dan tunjuk ajar diperolehi, rakan-rakan pun bertambah, mengisi masa lapang dan sebagainya. Entry kali ni sy nak kongsi segalanya tentang MyAlza Owners Club ni, dari mula saya join sampai ler sekarang ni:

Aktiviti pertama: Konvoi bersama MyAlza Owners Club ke Port Dickson

Gambar ni dah lama ada dalam simpanan sy, sampai dah terlupa siapa jurugambar tersebut. Masa ni memang lah terasa newbies sangat sebab langsung tak kenal seorang pun dalam kelab ni. Kenal pun dalam forum aje, tapi orangnya tak kenal.hehe. Dan masa ni laa orang pertama sy kenal namanya Hairi atau dalam forum namanya arie10. Terasa kerdil aje masa tu bila bersama dengan orang lama, tapi dorang semua tak sombong. Semuanya friendly macam satu keluarga yang besar, takde kira umur warna kulit dan asal usul. Start dari sini laa minatnya saya dalam berkelab ni.
Adat laa dalam berkelab, racun meracun tu satu kemestian. Tak lari laa culture tu dalam mana-mana kelab tp sy hanya mampu nengok aje, nak buat lom mampu lagi :)

Aktiviti kedua: AGTT Ipoh, Perak

Gambar kedua dan ketiga ni semasa di Ipoh, Perak. Yang ni kira event kedua dan terbesar yg pertama aku pernah join. Memang havoc bila tengok crowded macam ni skali, bila semua members dari seluruh semenanjung berkumpul beramai-ramai. Sangat syiok, dapat kenal member baru dari negeri luar dari Selangor. Sangat terbaik.. 
Sebenarnya banyak lagi event yang menarik aku dah join tp dah hampir ingat-ingat lupa mane pergi gambarnya. Kalau nak buat story tanpa gambar macam tak menarik pulak kan. Tp takpe, slow2 saya update :)

Tiada ulasan: