Jumaat, 13 Julai 2012

Chenta Baru, Hidup Baru

Sekarang ni saya dah ada kenderaan baru, selepas ada life baru ni kan. So entry kali ni sekadar nak berkongsi aje la :)

Pada 29 Julai 2010, lahirlah Perodua Alza ke dalam family aku, yg mana sebelum ni hanya Perodua Kenari. Kenapa ia menjadi pilihan, ehh suka hati gua lah nak beli ape pon.hihihi gurau aje. Sebabnya saya sukakan rekabentuknya, nak kata kereta orang tua pun tak, kereta orang muda pun tak. Sebab tu laa ia dipanggil "Kereta juga MPV". Beli ni pon sebab fikir panjang, sok dah kawen senang nak angkut barang anak-anak, anak-anak leh golek2 kat belakang tu.

Haa ni lah dia, comel kan ? (:

*Dia banyak mengubah hidup sy, dia lah peneman sy, dia lah segala-galanya. Susah senang sume bersama* dengg, orang bercinta pon tak macam nih :p.  Then selepas tu, cuba jugak berjinak-jinak dengan objek ni seperti search dalam google n etc. Dalam carian tuh baru laa jumpa spesis yg sama macam dia ni kat Jepun, kalau kat sini dipanggil Perodua Alza dan kat Jepun plak dipanggil Toyota Passo Sette dan Daihatsu Boon Luminas. Sedikit pun tak menarik perhatian saya, yang penting sy lebih sukakan hasil titik peluh anak Malaysia. Dalam carian yang sama jugak, terjumpa pulak satu laman sesawang ni dipanggil  forum www.myalza.com. Seperti biasa, saje aje sign up dalam tu dengan nickname hensem sy, fikxXxiology :D. Dan start dari situ laa sy rajin follow aktiviti dalam kelab tersebut, nanti next entry sy update lah setiap aktiviti yg saya join tu. Okeh, nak pi lunch dah ni. babai~ :)

Tiada ulasan: