Selasa, 27 Julai 2010

Saat indah pada awal perkahwinan

Entry kali nih aku nak kisahkan satu dialog diantara sepasang suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada awal kebahagiaan mereka.

Teruna: Akhirnya, inilah saat yang aku tunggu selama ini.

Dara: Adakah kau sanggup jikalau aku pergi dulu sebelum mu?

Teruna: Tidak sanggup aku, janganlah kau berfikiran sebegitu.

Dara: Benarkah kau mencintaiku?

Teruna: Semestinya sayangku.

Dara: Pernahkah kau berlaku curang kepadaku?

Teruna: Tidak pernah terlintas difikiranku untuk melakukan perkara keji itu.

Dara: Mahukah kau menciumku?

Teruna: Ya !!

Dara: Sayangku...~!?

Selepas 10 tahun perkahwinan..
Sila baca dari bawah ke atas..;)
ngee..~

Khamis, 22 Julai 2010

err..~

oke aku bosan..
ari nih aku off, dan aku bosan..
emergency, konon..
skang nih, nak mencari aktiviti yg xbrape nak bosan..


hahh hahhh..~xD

saye kembali ber"blog"ing..
lama wehh xusik mende alah nih..
well, byk komitmen..
jadi, nantikan bebelan aku pas2 nih..;)

Selasa, 1 Disember 2009

Sakit sakit dan bye2 kolej ku yg tercinta..yucks..~;p

Yup, sejak kebelakangan nih kesihatan aku agak kurang memuaskan. Yelah kan, musim ujan skang nih, mcm2 ler penyakit kuar. Masuk ari nih dekat 3minggu kot batuk aku xhilang2 lagi. Paling xbesh, lelah aku datang balik. Mintak2 xteruk sgt arr mcm dulu.

Owh, cerita 3minggu lepas. Aku eksiden moto, yup eksiden ea. Kondisi aku, xde apape sbb bawah pengaruh dadah (makan ubat selsema pkul 11malam kot), luka2 sket je. Kondisi moto, sangat sadis.huu~ Baru 2 nih dia sakit lg, adeh. Malang tul. Tp apape pun, sume dalam keadaan terkawal.

Dan minggu nih, 5hb, majlis konvokesyen aku. Yeay, dah dapat kertas diploma dah.ehehe. Tp mcm nak xnak je kot gi majlis tuh. Rasa mcm nak gi amek kertas tuh je pastu blah dari kolej tercinta aku tuh..yucks..~

Selasa, 3 November 2009

Jika kau..

..masih single..

Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima.

..ragu-ragu dengan pernikahan..

Cinta bukannya mencari seseorang yang “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna. Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL… Jangan katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.

..patah hati..

Sakit… luka, hancur.. patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

..tidak pernah jatuh cinta..

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.

..ingin menguasai..

Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.

..takut mengakui..

Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

..masih bertahan mencintai seseorang yang telah pergi..

Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan..

Jumaat, 30 Oktober 2009

Piring Hitam - Penipu

Haa, lagu nih dah lama kot aku xdengar. Dengar pun masa mula2 derang nih jadi band piring hitam nih kan. So lagu kali nih aku nak tujukan kepada sesiapa yg kena tipu dalam bercinta. Syiok lagu ni..;p

Piring Hitam – Penipu">
Piring Hitam – Penipu">Piring Hitam – Penipu


Piring Hitam - Penipu

Pernah dulu kau kata kau cintakan ku,
Bertahun lama sanggup kau menungguku,
Hati dan jiwamu hanyalah untukku,
Sumpah dan janjimu memburu untukku.

CHORUS
ya ya ya ya,
Kau, kau tipu aku, x2
Kau tipu aku
Kau tipu aku

Kau curi jiwaku kau gembirakannya,
Kau dakap tanganku,
kau bahagiakannya,
kau kucup bibirku,
Kau menikmatinya,
Kau peluk tubuhku,
Kau ceriakannya.

CHORUS

Kiniku lihat kau berdua dengannya,
Tapi mengapa dia teman karibku,
Tawa gembira,
Musnahkan jiwaku,
Kau hancurkan semua saat manisku.

CHORUS

Khamis, 29 Oktober 2009

Hmm..hmm

Hmm, memory dlm otak aku nih dah full sebenarnya sbb dah laaaama sgt tak update blog ni. Bila tak update blog ni, memory pun dah full, bila dah full nak keluarkan pun susah, siap hang lg tuh.hahah.. Oh yeah, sejak dua menjak ni aku tak bizi pun tapi malas nak update je blog ni. Kalau on9 pun aku buat ape je, bela ikan n men uno card dalam facebook.hee~ aku dah terjebak.

Banyak cerita sebenarnya nak dikeluarkan, tp aku ringkas2kan je lah ea. Antaranya kat opis aku penah ada skali tuh polis ngan pencegah rasuah datang. Menggelabah gak beb derang tanya macam2 yg memang xde kene mengena ngan aku. Nak takut ape kan, bukannya aku buat salah.

Dan dengan kerja aku plak, mayb dalam sebulan dua nih kulit aku akan jadi gelap. Hepp, jangan gelak. Tendang kang..;p Biasa arr, dah terdesak mcm ni boss start ler soh wat keje yg dia xpernah suruh. Ada kene mngena gak arr ngan perenggan diatas tuh. Malas nak cite lebih2.

Yang terbaru, terjadi sedikit kecelakaan pada aku. Ala sikit je, xmati pun lg. Uppss, mulut terlebih masin plak. Yela, aku ni haa xde otak sgt wat kerja gila. Nak tau ape dia kerja gila tuh?
Gua speed Lelaki Comel gua dekat 160kmh.hee~ Ala slow jek tuh, lom laju lg..xD

Yang akan datang, kemungkinan BESAR lah, aku akan dapat dua hadiah yg terlalu istimewa. Yela kan, dah nak dekat2 nih kan..;p Satu tuh sangat bernilai dan lagi satu tuh amat xternilai. Tunggu je arr nnt, kalau aku rajin update dlm nih..;p

Ok ler, len2 cite nnt aku update next threde ea. Ni pun ngulor jap je, xlama pun sbb pasni kene turun kL jap n mayB ke Nilai kot. Xpasti lg..