Ahad, 1 Ogos 2010

i-city ohh i-city

Seperti yang diketahui ramai, hampir satu malaya kot tau kewujudan i-city nih. Dan ayat pertama akan terkeluar dari mulut orang ramai, "ohh, bandar yg ada pokok lampu-lampu tuh." Yup, memang ler indah kot klau nak deting2 kat situ, sambil bawak family jenjalan kat situ. Banyak ler gak ragam manusia yg dpt kita tengok kat situ. Ada yg sibuk2 bgambar ler, main2 lastik yg ada bunga2 tuh, lepak gasoline dan macam2 lg. Tapi aku paling sker tengok budak2 kecik or baby je sbb dpt ler tgk ler riak wajah derang mcm mane tgk pokok pelik2 kat situ.hihih..

Aku pun salah sorg pengunjung i-city tuh, leh dpt gelaran pengunjung setia kot sbb kerap gak aku ke situ. Paling koman pun jenjalan ngan member, pehtu snap2 gambo.

Antara gambo yg aku click2 kat sana tuh

Tapi sejak akhir2 nih, macam dah terlalu crowded sgt smpaikan aku lak nek rimas. Yg peliknye lg, walaupun skang nih skali masuk bayar singgit n 2hengget utk weekend, ramai gak pegi sana. Owh ye, masuk kena bayar. Pandai derang cari duit balik modal daripada buat lampu2 tuh sumer. Oke ye dak, bisnes gak tuh.

Semalam ler, kira ari sabtu, atas urusan penting ler ke i-city tuh. Ada nak amik barang sket dekat dalam. Aku hulur ler 2hengget, rege biasa tiap weekend. Yang mengejutkan aku, amoi tuh kata "Abang masuk kene bayar 10 linggit." Oke, aku tergamam dan rasa nak marah..xD Untuk ape aku bayar RM10 utk masuk dalam tuh, sekejap je pun. Mule lah dia kata ada cabutan bertuah ler, itu ler, ini ler. Nak tak nak, bayar je arr. Demm, aku dah mula menyampah sket kot, tp rasa mcm menyampah banyak rasanye nih. Utk ape dorg wat mcm tuh bai, sape nak masuk klau dah kene bayar rege mcm tuh kan. Hmm. berfikir jap..~

Selasa, 27 Julai 2010

Saat indah pada awal perkahwinan

Entry kali nih aku nak kisahkan satu dialog diantara sepasang suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada awal kebahagiaan mereka.

Teruna: Akhirnya, inilah saat yang aku tunggu selama ini.

Dara: Adakah kau sanggup jikalau aku pergi dulu sebelum mu?

Teruna: Tidak sanggup aku, janganlah kau berfikiran sebegitu.

Dara: Benarkah kau mencintaiku?

Teruna: Semestinya sayangku.

Dara: Pernahkah kau berlaku curang kepadaku?

Teruna: Tidak pernah terlintas difikiranku untuk melakukan perkara keji itu.

Dara: Mahukah kau menciumku?

Teruna: Ya !!

Dara: Sayangku...~!?

Selepas 10 tahun perkahwinan..
Sila baca dari bawah ke atas..;)
ngee..~

Khamis, 22 Julai 2010

err..~

oke aku bosan..
ari nih aku off, dan aku bosan..
emergency, konon..
skang nih, nak mencari aktiviti yg xbrape nak bosan..


hahh hahhh..~xD

saye kembali ber"blog"ing..
lama wehh xusik mende alah nih..
well, byk komitmen..
jadi, nantikan bebelan aku pas2 nih..;)

Selasa, 1 Disember 2009

Sakit sakit dan bye2 kolej ku yg tercinta..yucks..~;p

Yup, sejak kebelakangan nih kesihatan aku agak kurang memuaskan. Yelah kan, musim ujan skang nih, mcm2 ler penyakit kuar. Masuk ari nih dekat 3minggu kot batuk aku xhilang2 lagi. Paling xbesh, lelah aku datang balik. Mintak2 xteruk sgt arr mcm dulu.

Owh, cerita 3minggu lepas. Aku eksiden moto, yup eksiden ea. Kondisi aku, xde apape sbb bawah pengaruh dadah (makan ubat selsema pkul 11malam kot), luka2 sket je. Kondisi moto, sangat sadis.huu~ Baru 2 nih dia sakit lg, adeh. Malang tul. Tp apape pun, sume dalam keadaan terkawal.

Dan minggu nih, 5hb, majlis konvokesyen aku. Yeay, dah dapat kertas diploma dah.ehehe. Tp mcm nak xnak je kot gi majlis tuh. Rasa mcm nak gi amek kertas tuh je pastu blah dari kolej tercinta aku tuh..yucks..~

Selasa, 3 November 2009

Jika kau..

..masih single..

Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima.

..ragu-ragu dengan pernikahan..

Cinta bukannya mencari seseorang yang “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna. Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL… Jangan katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.

..patah hati..

Sakit… luka, hancur.. patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

..tidak pernah jatuh cinta..

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.

..ingin menguasai..

Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.

..takut mengakui..

Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

..masih bertahan mencintai seseorang yang telah pergi..

Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan..

Jumaat, 30 Oktober 2009

Piring Hitam - Penipu

Haa, lagu nih dah lama kot aku xdengar. Dengar pun masa mula2 derang nih jadi band piring hitam nih kan. So lagu kali nih aku nak tujukan kepada sesiapa yg kena tipu dalam bercinta. Syiok lagu ni..;p

Piring Hitam – Penipu">
Piring Hitam – Penipu">Piring Hitam – Penipu


Piring Hitam - Penipu

Pernah dulu kau kata kau cintakan ku,
Bertahun lama sanggup kau menungguku,
Hati dan jiwamu hanyalah untukku,
Sumpah dan janjimu memburu untukku.

CHORUS
ya ya ya ya,
Kau, kau tipu aku, x2
Kau tipu aku
Kau tipu aku

Kau curi jiwaku kau gembirakannya,
Kau dakap tanganku,
kau bahagiakannya,
kau kucup bibirku,
Kau menikmatinya,
Kau peluk tubuhku,
Kau ceriakannya.

CHORUS

Kiniku lihat kau berdua dengannya,
Tapi mengapa dia teman karibku,
Tawa gembira,
Musnahkan jiwaku,
Kau hancurkan semua saat manisku.

CHORUS