Isnin, 8 Jun 2009

hapdet..~lama gile tak update..

Dah berapa lama ntah aku tak update blog ni pun aku tak tau. Bukan tak nak update, or malas nak main blog ni sampai ada org kata dah macam xberminat nak main blog ni. Sebenarnya, aku baru je selesai menyiapkan projek akhir utk semester akhir aku. Biasa arr semester akhir, ada je macam2 projek kena buat. Bagi yang aliran bisnes ni, macam biasa arr kan, kena wat paperwork utk RP or Rancangan Perniagaan. Ada yang kata nak start satu perniagaan ni senang jek, macam nak bukak satu stall burger. Tapi sebenarnya tanggapan org tuh salah. Susah yg amat sebenarnya. Macam2 lah nak kena buat, kena ada organisasi arr, operasi, strategi pemasaran, kewangan n macam2 lagi arr yg aku dah naik jelak dgn benda2 tuh sume. Tapi ape boleh buat, demi segulung diploma, terpaksa arr aku berkorban.

Setiap satu kumpulan terdiri daripada 3org ahli atau lebih hebat dipanggil 3 orang pekongsi. ahaha. Setiap sorg dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu pengurus kewangan dan pentadbiran, pengurus pemasaran dan pengurus operasi. Dan aku telah dipilih sebagai pengurus operasi. So aku kena arr wat operasi di dalam organisasi tersebut. Nama Zee Rey Top's Enterprise dipilih atas dasar gabungan 3 nama pekongsi iaitu zee = zack a.k.a. nabil, rey = pae or rifa'ie dan top's = topex or aku arr..xD . Pada mulanya, kami memilih perkhidmatan dobi. Tetapi selepas mendapat nasihat daripada penyelia kami, En Azhar, dia suruh kami tukar perniagaan kami. Dari dobi ke pembekal telur ayam kampung sebab dia lebih arif dalam bab pertanian. Dia banyak membantu dari segi kewangan dan penulisan kami. Aku yg dari tulis wat ayat merapu2 dia leh ajar aku cara penulisan yg btl2. Terima kasih sgt2 kat en Azhar.

Hampir 6bulan wat rp nih, macam2 arr jadi. Akaun ximbang lah, lambat submit semakkan bab1 sampai bab8, file corrupted sbb virus n macam2 lagi arr sehinggakan masa tarikh pembentangan ari tuh, slideshow powerpoint tuh leh plak wat hal. Hyperlink tiba2 xberfungsi dan ape lg, kelam kabut aku wat secara manual. Tp tuh sume banyak mengajar bekerjasama, bertanggungjawab dan mcm2 lagi arr. Sebabkan rp ni gak, ada yg hampir putus kawan, bergaduh besar, dan ada gak yg xbertanggungjawab lari daripada masalah. Ntah arr, tu arr manusia. Mase mula2 masuk kolej, kita xnmpk sikap masing2 tp bila dah lama2 kenal baru arr tau sifat sebenar seseorang tuh. Bagi aku, ape yg aku xpuas ati or apape, biar je aku sorg yg tau. Dah arr, lebam plak nak tulis panjang. Dah arr lama xupdate blog ni. Ni ada gambiran pas presentation ari tuh. Agak poyo sket ea..xD
nama mengikut susunan Zee Rey Top's Enterprise dan inilah muka2 beliau..~

Tiada ulasan: