Isnin, 6 Julai 2009

Mengapa perlu ada perpisahan..~ Part 2

Agak saspender kan entry aku sebelum ni. Saje je wat korang saspender sbb aku suka. ehehe.. Sebenarnya memang btl aku dah berpisah dengan "binatang" tuh. Yela kan, sbb skang dah kerap sgt memberikan "penyakit" kepada aku ni. Nak tau ape dia..? haa amik ni gambir seraun..~

Ni lah "binatang" yang pernah menjadi kegilaan remaja2 dan pujaan ramai. Gile kentang arr "binatang" ni, disebabkan dia arr henfon aku kerap mendapat spam yang terlalu banyak berdasarkan mesej2 dan miskol2 dari nombor yg xdikenali. Begitu hebat btl impak "binatang" ni. Tapi skang ni, aku terpaksa membunuh atau lebih dikenali sebagai "trade in" mende alah ni sebab dah memberikan aku penyakit yang sukar diubati. Orang kata, dah sampai waktu dia. Ape boleh buat, dah xde jodoh nak wat mcm mane..

"Binatang" tuh nama dia Moskito 125rx keluaran syarikat MZ Motorrad. Nama pun moskito=nyamuk=isap darah=aedes=penyakit. Memang mula2 dulu aku minat gile ngan muto ni sbb lain dari yang lain, ringkasan je ni. 1st model ni, enjin baek lagi. Penah overhaul 2kali tp leh jalan lg. Sampai gak arr kL ulang alik 2kali dlm masa satu ari. Sebab2 aku let go muto ni kerana:-
  • dah kurang enak ditunggang setelah jatuh beberapa kali
  • petrol agak cekik darah, fulltank tangki kosong dekat rm10 kot
  • kilang mz motorrad dah tutup or bankrap, so;
  • sparepart pula teramatlah mahal;
  • barang pun kebanyakkannye aftermarket or lebih dikenali sbg dari pihak ketiga
Bayangkan lah, aku beli coverset muto ni yang aftermarket nyer pun dekat 500ringgul xtermasuk lampu depan bakang kiri kanan dan bahagian yg kaler itam. Gile mahal arr. Sbb tu arr bila kilang dia dah tutup, harga sparepart melambung, customer plak pening kepala. So jalan penyelesaian, jual. Tu arr aku agak sedih gak arr bile muto tuh ditinggalkan kat kedai tuh, dan lagi sedih, ada ke patut cina tuh nak amik "binatang" tuh dlm seribu jek. Adoi lagi sedih, nak berguling aku kt kedai cina tuh dengar rege cenggitu. Xpe arr, dari rugi kemudian, bek aku rugi skang.

Banyak btl kenangan aku bersama "binatang" tuh. Muto tuh dibeli oleh ayahanda dan bonda aku. Aku igt lagi, tarikh aku dpt muto tuh 1Jun2004, tarikh lahir ohhchentaku..~ Time tuh xde lesen lg, pedulik ape aku ngan lesen tuh sume. Janji hasrat murni aku nak anta dan amik adek aku gi skola tercapai (ayat tersebut agak poyo yea para pembaca semua). Byk arr kelebihan dan kekurangan muto ni bagi aku, antaranya ialah:-

KELEBIHAN
  • kalau langgar lopak air, seluar aku xbasah sbb aku ni sker langgar lopak air..ahaha..
  • boleh bwk banyak barang spt barang dapur, buku modul mase kt kolej dan macam2 lagi arr
  • boleh cilok2 ngan pantas dan tangkas sbb aku perlu memulas minyak sesuka hati dengan gaya yg paling hemsem di malaya tanpa bersusah payah menukar gear atau menekan clutch dan meninggalkan penunggang motosikal yang lain
  • tinggi, setakat banjir kat laluan motosikal kt jalan templer tuh, halusss..xD
  • syok bawak aweks, nak tau sbb ape..?bli arr muto ni dan anda rasainya sendiri..hee~
KEKURANGAN
  • masalah dgn brek, sbb klau time jalan basah or kering aku tekan jek brek msti arr bersepah. tu la pasal aku penah sapu aci tgh jalan yg tgh nak melintas jalan tuh, padan muka kau..ahaha..~
  • helmet aku xleh simpan bwh seat, kedekut ruang tul MZ ni, dah tu demand, helmet ARC steng(ape nama ntah helmet tuh, aku lupa) jek leh sumbat bwh seat tuh
  • senang kena curik,pokewak haram J tul membe aku sorg tuh, leh plak dia demo muto aku tuh cara2 nak curi moskito depan mata aku, siyes time tuh aku dah stat terkilan gile babas bli muto tuh
  • tempat duduk kecik, aku sorang je leh duduk penuh atas seat tuh(yg ni ada kena mengena ngan kelebihan diatas ye kawan2 xD)
Tu je arr kesimpulan yg aku dapat, dah bersimpul2 mata aku ni sbb xckup tido. Sume durian nyer pasal. Nnt next entry aku tulis pasal derian ni ea. Owh, hampir terlupa. Sila lah usha gambiran dibawah ea:-

Ni lah "binatang" peliharaan terbaru aku. Buas tau dia ni..;p nama dia lessy.hee~

Tiada ulasan: