Selasa, 15 Mei 2012

uuuhaiii, seperti dilahirkan semula

Assalamualaikum semua.

Yaa yaa benar, sudah lama rasanya saya tak mengupdate blog ini, dah hampir musnah dimakan anai-anai, dimamah usia.hihihi. Bukan ape, banyak perkara yang menyebabkan saya dah malas nak menconteng blog ni. Dalam pada masa tu gak macam2 kisah pahit dan manis terjadi pada saya. Ok lah, apape pun sy mulakan balik laa ye seperti baru2 kenal dulu ye. Masih pemilik yg sama iaitu Mohd Taufik, atau panggilannya fikxXxiology. Sekarang dah kembali ke Klang, sebelum ni sy menetap ni Senawang, Negeri Sembilan kerana bekerja di sana. Status: single. Yup, sukar untuk menerima tp terpaksa menerima hakikat bila hubungan 4 tahun lebih yg terbina kukuh runtuh begitu sahaja. Mungkin dah tertulis di atas sana, saya cuma redha dan terima saja ketentuan-Nya. Dan itu juga salah satu sebab saya ZERO dan meng silent kan diri dari segala media alam maya dan laman sosial spt facebook n etc. Rasanya itu sahaja setakat nih, dan saya akan update sedikit demi sedikit mengenai perjalanan hidup baru saya ni. Sekian dari saya, wassalam :)

Isnin, 7 Februari 2011

ohh hati

*Hati aku nih dah berkata, tapi mulut pulak tak terkata-kata, nak tunjuk tak reti, nak tulis takde idea. Ada cara len kaa ?*

Huh, terasa agak bodo gak statement atas tuh tapi benda tuh ler yg memang aku sedang kata-katakan dalam hati nih. Adoi kau jgn bodo sgt weh, fikir masak-masak jang oii..

Isnin, 24 Januari 2011

ke"poyo"an

Sape yang tak kenal aku memang akan cakap aku nih poyo, ahh suke aku ahh nak poyo ke tak, memang aku poyo pun sebab dulu aku ada Proyo, ala yg yoyo hensem tuh. Ada aku kesah.? ahaha

Kalau ler member aku terbaca balik blog aku nih, mesti dia kata, "haa topek, nak start menchapap ler tuh". Tapi disebabkan blog nih dah lama disimpan dalam gobok dia dah agak aku malas nak berblogging nih. (gobok tu maksud dia lemari, lemari tuh almari, almari tuh cupboard, cupboard tuh armario), adoi.

Oke ler, berterus terang. Aku nak menunjuk2 kat korang ngan satu gambar nih, siyes aku tergila2kan dia sampai terbawak dalam mimpi ngeri setiap malam. Sila skerol kebawah sket;



Fuhh, hensem seperti orang disebelahnye.ahaha. Aku dah stim nih wehh tengok natang nih, nak cabut satu2 tak pasal2 masuk lokap. So pasni plan nak cari sugar mummy nak soh dia tanggung aku wat mende alah ni.hehhh

kematian

Oke, en3 kali nih aku nak siyes aje. Siyes nih tau, (sambil wat muka macam The Rock nak naik gelanggang wrestling). Kematian, kita sendiri tak tahu bila dan di mana kita akan mati sebab itu semua urusan Allah S.W.T. Tu lah kita selalu dengar pepatah orang, kita hanya mampu merancang tp Tuhan yang menentukan.

Minggu lepas, entah ape kes tiba2 aje aku teringat kat kedua-dua arwah nenek aku. Agak lama dorang dah pergi, seingat aku masa darjah 5 dan darjah 6 kot. Memang ler sedih bila orang yg paling disayangi pergi menghadap ilahi. Semoga mereka ditempatkan di dalam syurga.

Aku terfikir sejenak, bila masa pula saat kematian itu akan aku hadapi. Cuma tertanya-tanya, dah bersediakah aku dengan amal ibadat dekat dunia nih. Siapa yg tak takut mati kan, len ler mati kutu. (cis, tak siyes pulak) Banyak kes kita dengar dan baca pasal kematian nih, antaranya kena bunuh ler, pukul sampai lebam, eksiden, gilis lori trelar. Hahh yg gilis lori trelar nih aku xnak point lebih2 sangat sebab hampir2 terjadi kepada aku dan hampir setiap hari aku menghadapinya. Kalau boleh, biarlah aku mati dalam keadaan yang baik.

Sekarang nih, tahun 2011. Semasa mak kepada member aku meninggal dunia, dia disemadikan salah satu tanah perkuburan di Klang dan lebih dikenali sebagai Lipat Kajang. Masa tuh kalau tak silap tahun 2008 kot. Tanah perkuburan tuh baru ler dibukak sebelah tanah perkuburan lama yang dah penuh, kira extend ler sampai ke tepi jalan besar. Yang aku nak persoalkan sekarang ni, tanah perkuburan tersebut dah hampir penuh. Erm, dan2 tuh otak aku nih terus ler berfikir, "esok aku mati nanti nak tanam kat mane arr ea, kat sini pun dah penuh". Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya, mana lah dorang nak campak mayat aku nanti kan, tak kan lah nak bakar je kot, adeh.

Dulu pernah tau time kecik2, aku tanya mak aku mane kubur aku nanti. Demm, soalan yg agak cilake gak ler aku tanye. Yela, tadika pun belum dah tanye soalan cenggitu ;D. Dan sekarang nih aku persoalkan balik soalan tuh kepada orang tua aku, berfikir macam mane ler esok nanti kan. hmm.~
Mintak ler nyawa aku dilanjutkan, belum cukup lagi amal ibadat aku kat dunia nih dan aku belum bersedia nak hadap tuh sume tapi kalau dah tertulis aku redha aje.

p/s:- 1) contengan kat atas nih bukannye berpunca dari perubahan sikap yg mana macam esok lusa nak jadi arwah, bukaannnn tapi aku cuma persoalkan aje oke ;)
2) agak2 esok ada sape2 yang meninggal kalau nak tanam mayat kena beli kot tanah lot, erk mintak simpang ler jadi macam tuh

Khamis, 20 Januari 2011

err, ada lagi ea

Aduh, terasa lama pulak tak ber "blogging" nih. Bukan lama, tapi terlalu lama. Maybe aku dah mula dan telah sibuk sangat sampaikan tiada masa untuk mengarang di alam maya nih.

Cerita terbaru ? Biasa-biasa aje, banyak benda kalau nak diikutkan aku nak conteng dalam nih tp bak kata orang, the past is past, so sempena tahun 2011 ni kita bukak buku baru ea. Nanti leh ler aku mulakan balik ber "blogging" nih. So akhir kata, take care and salam ;)

Ahad, 1 Ogos 2010

i-city ohh i-city

Seperti yang diketahui ramai, hampir satu malaya kot tau kewujudan i-city nih. Dan ayat pertama akan terkeluar dari mulut orang ramai, "ohh, bandar yg ada pokok lampu-lampu tuh." Yup, memang ler indah kot klau nak deting2 kat situ, sambil bawak family jenjalan kat situ. Banyak ler gak ragam manusia yg dpt kita tengok kat situ. Ada yg sibuk2 bgambar ler, main2 lastik yg ada bunga2 tuh, lepak gasoline dan macam2 lg. Tapi aku paling sker tengok budak2 kecik or baby je sbb dpt ler tgk ler riak wajah derang mcm mane tgk pokok pelik2 kat situ.hihih..

Aku pun salah sorg pengunjung i-city tuh, leh dpt gelaran pengunjung setia kot sbb kerap gak aku ke situ. Paling koman pun jenjalan ngan member, pehtu snap2 gambo.

Antara gambo yg aku click2 kat sana tuh

Tapi sejak akhir2 nih, macam dah terlalu crowded sgt smpaikan aku lak nek rimas. Yg peliknye lg, walaupun skang nih skali masuk bayar singgit n 2hengget utk weekend, ramai gak pegi sana. Owh ye, masuk kena bayar. Pandai derang cari duit balik modal daripada buat lampu2 tuh sumer. Oke ye dak, bisnes gak tuh.

Semalam ler, kira ari sabtu, atas urusan penting ler ke i-city tuh. Ada nak amik barang sket dekat dalam. Aku hulur ler 2hengget, rege biasa tiap weekend. Yang mengejutkan aku, amoi tuh kata "Abang masuk kene bayar 10 linggit." Oke, aku tergamam dan rasa nak marah..xD Untuk ape aku bayar RM10 utk masuk dalam tuh, sekejap je pun. Mule lah dia kata ada cabutan bertuah ler, itu ler, ini ler. Nak tak nak, bayar je arr. Demm, aku dah mula menyampah sket kot, tp rasa mcm menyampah banyak rasanye nih. Utk ape dorg wat mcm tuh bai, sape nak masuk klau dah kene bayar rege mcm tuh kan. Hmm. berfikir jap..~

Selasa, 27 Julai 2010

Saat indah pada awal perkahwinan

Entry kali nih aku nak kisahkan satu dialog diantara sepasang suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada awal kebahagiaan mereka.

Teruna: Akhirnya, inilah saat yang aku tunggu selama ini.

Dara: Adakah kau sanggup jikalau aku pergi dulu sebelum mu?

Teruna: Tidak sanggup aku, janganlah kau berfikiran sebegitu.

Dara: Benarkah kau mencintaiku?

Teruna: Semestinya sayangku.

Dara: Pernahkah kau berlaku curang kepadaku?

Teruna: Tidak pernah terlintas difikiranku untuk melakukan perkara keji itu.

Dara: Mahukah kau menciumku?

Teruna: Ya !!

Dara: Sayangku...~!?

Selepas 10 tahun perkahwinan..
Sila baca dari bawah ke atas..;)
ngee..~