Jumaat, 18 September 2009

Tersentuh


Agak tersentuh gak ler aku tgk workticket nih. Dalam banyak2 workticket kt ofis aku tuh, yg nih ler yg betul2 wat aku tersentuh. Driver ni namanyer abg raof, sebaya bapak aku gak. Dia ni oke ler, leh ngam ngan dia ni. Tp bila tengok dia tulis ucapan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin", aku plak rasa mcm tacing sket. Dorang dah start cuti ari ni, aku ler yg kene stay kt ofis. Ape boleh buat, GM dah soh wat cenggitu.

Raya? Ntah ler, aku rasa mc biasa2 je tahun ni. Siyes arr, time aku tulis blog ni pun aku xbeli apape kelengkapan utk beraya. Baju melayu tuh ada ler, bukannye daif sgt smpai xmampu beli baju melayu. Biasanye time2 mcm ni aku dah shopping sakan dah beli baju raya.hehehe. Tp nape ntah skang ni, dah xmacam dulu. Nak kata aku ni dah beso, betul gak tuh. Xkan ler nak jadi mcm budak2 lg kan. Xpe la, biar bdk2 yg bawah2 aku gembira. Aku suka tengok org hepi2 ni. Ntah ler, aku xde rasa mood raya plak tahun ni.

Esok, sabtu, aku masih kerja. Macam biasa ler, datang kul 7am (tp sampai kul 7.30am) n wat ler apape yg patut. Maybe bila aku dah bekerja, aku dah malas utk itu sume. Stakat lepak2 jap ngan member tuh leh lg arr. Tp mcm nak kuar jenjalan tuh mcm kene fikir 2kali plak.

So akhir kata, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Halalkan makan minum aku selama 20 tahun, 10 bulan dan 10 hari aku hidup kat dunia ni dan mntak ampunkan dosa aku dari hujung rambut sampai hujung kaki jikalau pernah aku mengguriskan hati korang, terkasar bahasa dan segala2nya kerana yg buruk itu datangnya dari aku sendiri dan yg baik itu datangnya dari Allah S.W.T.

Tiada ulasan: